Manual Navigasi GST Elak Pelancong Ditipu

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mei 2015 4:27 PM

Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Hamzah, Subromaniam, Datuk Tan Kok Liang dan Datuk Mirza Mohammad Taiyab ketika pelancaran buku manual Navigasi GST Untuk Industri Pelancongan, pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta)  menerbitkan manual pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam sektor pelancongan bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan berlebihan terhadap pelancong dalam dan luar negara.

Presiden Matta Hamzah Rahmat berkata, buku tersebut memberi penjelasan terperinci tentang prosedur dan bagaimana sistem pencukaian tersebut dilaksanakan dalam sektor pelancongan negara selepas ia diperkenalkan pada April lalu.

"Sejak GST diperkenalkan terlalu banyak persoalan dan kekeliruan timbul di kalangan pelbagai pihak terutama berkaitan pelancongan, jadi manual ini sebagai cara menjawab semua soalan berkaitan sistem percukaian itu.

"Selain itu, ada juga pihak yang cuba ambil kesempatan dengan menaikan harga terlalu tinggi atas alasan GST dan buku ini menjelaskan secara terperinci nilai sebenar yang boleh dikenakan agensi pelancongan," katanya pada sidang media pelancaran manual Navigasi GST  Untuk Industri Pelancongan, di Berjaya Times Square, di sini, Jumaat.

Ia dilancarkan oleh Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk T. Subromaniam.

Sementara itu, Subromaniam turut memuji usaha Matta menyediakan panduan bagi menjelaskan secara terperinci pelaksanaan GST kepada industri pelancongan negara.

"Ini adalah inisiatif pertama oleh sektor swasta yang memudahkan orang ramai memahami GST dan menjadi ikutan industri lain,"katanya.

Manual tersebut antara lain menjelaskan tentang 40 isu berkaitan pelancongan termasuk status 'tiada GST' untuk lokasi yang ditetapkan iaitu di Pulau Tioman, Labuan dan Pulau Langkawi.



Tags / Kata Kunci: MATTA , GST

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan