Pecat Ahli Lembaga 1MDB: Zaid Ibrahim Ucap 'Tahniah' Kepada TPM

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 8:59 PM

Zaid Ibrahim.

Datuk Zaid Ibrahim

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Menteri, Datuk Zaid Ibrahim 'mengucapkan tahniah' kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengesa agar ahli lembaga pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dipecat.

"Tahniah Muhyiddin kerana bersuara," tulis Zaid di laman Twitternya.

Bekas menteri itu bagaimanapun terus mempersoalkan sama ada panggilan yang dibuat itu adalah realistik.

"TPM mahu PM memecat Lembaga 1MDB. Adakah itu realistik? Adakah Najib melantik mereka atau adakah orang lain, " katanya.

Zaid mengulas video Muhyiddin yang telah menjadi viral, menghentam hutang terkumpul  1MDB yang mengejutkan pada satu mesyuarat tertutup.

Muhyiddin mengulangi pendiriannya tentang pemecatan ahli lembaga 1MDB di Parlimen pada Khamis.

Apabila pemberita bertanya sama ada Perdana Menteri telah menyahut panggilan itu, Muhyiddin mengangkat bahu dan senyum.

"Tiada apa-apa. Saya hanya membuat kenyataan, "katanya.

Zaid, sementara itu, juga menulis di Twitter menafikan bahawa beliau bertanggungjawab terhadap khabar angin berhubung konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang dikatakan telah dirancang di Milan oleh Muhyiddin dan pemimpin Umno yang lain.

"Saya tidak mengatakan terdapat konspirasi. Cuma beberapa menteri bertemu Muhyiddin di Milan," tulis Zaid di Twitter.

"Tidak ada gunanya untuk saya membuat fitnah mengenai hal-hal dalaman Umno. Baca apa yang saya tulis dalam blog saya, "katanya.
Tags / Kata Kunci: 1MDB , Datuk Zaid Ibrahim

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan