Dr Wan Azizah 'Bimbang' Dengan RMK11

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 9:59 PM

Datuk Seri Dr Wan Azizah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  'bimbang' dengan cadangan-cadangan yang dibuat dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11), mempersoalkan bagaimana pendapatan daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dibelanjakan.

Beliau berkata, hanya terdapat lima tahun sahaja lagi menjelang 2020 dan beliau bimbang sama ada pendekatan semasa yang digunakan oleh kerajaan berkesan dalam mencapai sasaran tersebut.

"Dalam Rancangan Malaysia ke-10, telah dinyatakan bahawa 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan memberi manfaat kepada rakyat dan memberi nilai kesan tetapi untuk siapa? Lihatlah bagaimana ia sekarang.

"Bagaimanakah pendapatan daripada GST akan dibelanjakan? Sekarang, kita mahu lihat ke mana GST pergi.

"Kami akan tunggu dan lihat," kata Dr Wan Azizah, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, kepada pemberita di bangunan Parlimen.

Ketika membentangkan RMK-11, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memastikan bahawa GST yang dikutip akan disalurkan kembali untuk manfaat rakyat.

Dr Wan Azizah berkata beliau juga mengambil berat tentang penutupan jurang pendapatan bukan sahaja di antara kaum yang berbeza, tetapi juga dalam kaum yang sama, dan juga di antara golongan kaya dan miskin.

"Pakatan Rakyat akan mengkaji cadangan-cadangan yang dibuat dalam RMK-11 dan menawarkan cadangan yang membina dalam perbahasan itu nanti," katanya, sambil menambah pihak pembangkang mahukan satu tadbir urus yang baik.

Beliau berkata apa sahaja boleh dijanjikan tetapi ia mestilah dilakukan dengan pelaksanaan yang betul dan disampaikan berdasarkan prinsip-prinsip inklusif, ketelusan dan bebas daripada rasuah, ketirisan dan pembaziran.

"Ini adalah lonjakan terakhir untuk tahun 2020 dan ia memerlukan pecutan terakhir. Malaysia perlu mengembangkan demokrasinya dan tidak menyempitkannya supaya semua orang boleh sampai ke garisan penamat iaitu Wawasan 2020, "katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan