Muhyiddin Akui Minta PM Pecat Ahli Lembaga 1MDB

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 2:46 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui mahu ahli lembaga pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dipecat susulan beban hutang yang wujud dalam syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kenyataannya itu merupakan pandangan peribadi yang disuarakan pada pertemuan tertutup antara pemimpin dan ahli Umno.

“Itu pandangan saya yang dibuat pada kursus politik anjuran Biro Latihan, bagi saya itu pandangan saya dengan rakan-rakan pimpinan politik supaya mereka lebih faham,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Khamis.

Menurut Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, kenyataannya berhubung 1MDB bukan sesuatu yang baharu kerana beliau sebelum ini pernah menggesa supaya kerajaan tidak melakukan ‘bailout’ terhadap syarikat itu.

“Ini bukan perkara baharu. Saya pernah menyuarakan di luar tentang soal itu...yang penting kita nak menentukan penyelesaian perkara tersebut,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kenyataannya itu, Muhyiddin berkata: “Tak ada apa-apa. Tak tahu, saya buat kenyaataan sahaja. Saya tak tahu apa orang lain kata."

Beliau mengulas mengenai rakaman video yang memaparkan kenyataan kerasnya berhubung kerugian 1MDB hingga membebankan kerajaan.

Melalui video yang tersebar di Internet dan dimuat naik di YouTube itu, Muhyiddin turut menggesa supaya polis menjalankan sisatan terhadap lembaga pengarah 1MDB.

“Kalau tak selesai ini akan menyebabkan kita ke bawah. Saya beritahu perdana menteri, pecat semua ahli lembaga pengarah 1MDB. Buang mereka. Buanglah, pasal mereka menyebabkan perdana menteri terpaksa menanggung, tetapi tidak dibuang lagi.

"Buanglah. CEO ni buang. Bukan buang sahaja, panggil polis siasat,” katanya dalam program yang turut dihadiri pemimpin kanan Umno termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan