TLDM Hantar Empat Aset Ke Langkawi Bantu Misi Kemanusiaan Rohingya

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 10:46 PM

Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (kiri) menyambut kehadiran Kepala Staf Angkatan Laut Indonesia Laksamana Tentera Nasional Indonesia (TNI) Ade Supandi (kanan) sempena lawatan rasmi dalam meneruskan hubungan baik diantara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL), Khamis.-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghantar empat buah kapal ke Langkawi untuk Misi Bantuan Kemanusiaan kepada pendatang Rohingya.

Panglimanya, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata empat kapal yang terlibat dalam misi itu adalah Kapal Diraja (KD) Selangor, KD Kinabalu, KD Jerai dan KD Laksamana Muhammad Amin.

"Kesemua kapal TLDM itu membawa bantuan terdiri daripada makanan, minuman serta pakaian.

"Selain itu, TLDM turut menempatkan tiga helikopter iaitu sebuah di Langkawi manakala dua lagi di Lumut, Perak yang siap sedia untuk tujuan menyelamat pelarian sekiranya ada keperluan untuk berbuat demikian," katanya.

Katanya TLDM turut menempatkan tiga bot tempur C90 di lokasi sama bagi membuat pemantauan di kawasan berkenaan.

Abdul Aziz berkata pihaknya menghantar kesemua aset TLDM selepas menerima arahan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam yang mengarahkan TLDM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membantu MERCY Malaysia dalam bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya sama ada melalui laut atau daratan.

"TLDM menerima arahan daripada Perdana Menteri untuk memberikan bantuan yang terbaik kepada semua pelarian yang memerlukan bantuan di laut...TLDM akan pastikan mana yang perlukan bantuan, diberikan bantuan dan mana yang perlu diselamatkan, kita akan selamatkan," katanya.

Abdul Aziz berkata demikian dalam sidang media, selepas menerima kunjungan rasmi Kepala Staf Angkatan Laut Indonesia, Laksamana TNI Ade Supandi ke markas TLDM, di Kementerian Pertahanan, di sini, Khamis.

Ade berkata pihak tentera laut Indonesia juga turut menyalurkan bantuan kepada mangsa pelarian Rohingya yang tersadai di perairan Sumatera.


"Kebanyakan pelarian sudah lama terapung di laut dan kelaparan...setakat ini, bantuan yang diberikan kepada mereka ialah pemeriksaan kesihatan serta lain-lain tindakan akan dibuat berdasarkan arahan Kementerian Luar Negeri Indonesia," katanya.

Sementara itu, lawatan beliau ke Malaysia pada hari ini sehingga Sabtu ini, adalah untuk mengukuhkan kerjasama serantau dari segi aspek keselamatan maritim serta mengeratkan lagi persahabatan yang telah sedia wujud antara kedua-dua negara.

Antara perkara yang dibincangkan pada pertemuan itu adalah rancangan untuk melaksanakan operasi bersama di beberapa perairan termasuk Selat Melaka dan barat daya Laut China Selatan, dalam usaha membanteras aktiviti rompakan membabitkan kapal-kapal dagang.
Tags / Kata Kunci: misi kemanusiaan , pelarian Rohingya , TLDM

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan