RMK11: Sektor Pengangkutan, Logistik Terus Kekal Pemacu Utama

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 12:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sektor pengangkutan dan logistik akan terus kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dengan memanfaatkan pelaburan baharu dalam jalan raya serta perkhidmatan kereta api dan udara untuk merancakkan pembangunan wilayah.

Dalam tempoh RMK11, kerajaan juga akan memperkemas peraturan dan pelesenan, memperkukuh rangka kerja institusi untuk menambah baik perancangan bersepadu dan kawal selia industri.

"Infrasruktur utama perlu dibangunkan untuk menyokong pelaksanaan pelbagai projek baharu yang signifikan seperti sistem transit aliran berkapasiti tinggi, jalur lebar berkelajuan tinggi, peluasan rangkaian pembentungan dan kapasiti penapisan minyak yang baharu," kata Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dalam dokumen RMK11.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan dokumen rancangan lima tahun (2016-2020) itu di Parlimen pada Khamis.

Dalam RMK11, inisiatif akan dilaksanakan untuk menyediakan sistem pengangkutan yang lancar dan meningkatkan mobiliti penduduk dengan sasaran perkongsian mod pengangkutan awam sebanyak 40 peratus di kawasan Greater KL/Lembah Klang dan 20 peratus di ibu negeri lain.

"Oleh itu pelaburan dalam mod pengangkutan akan dipertingkatkan bagi menambah baik perkhidmatan dan ketersambungan di luar bandar dan bandar, antara luar bandar dengan bandar serta antara bandar," katanya.

Pembangunan lebuh raya akan ditumpu di kawasan luar Lembah Klang dan bandar lain untuk mencapai pembangunan ekonomi yang seimbang.

"Oleh itu, dalam tempoh RMK11, tumpuan akan diberikan kepada ketersambungan luar bandar dan antara luar bandar dengan bandar," katanya.

Lebuh Raya Pan Borneo akan meningkatkan ketersambungan di Sabah dan Sarawak, Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai serta Lebuhraya Pantai Timur akan menambah baik ketersambungan di Semenanjung Malaysia di samping menjadi pemangkin pertumbuhan wilayah Pantai Timur manakala Lebuhraya Pantai Barat yang dijangka siap pada 2019 akan menyediakan akses lebih baik kepada penduduk pantai barat Perak dan Selangor, katanya.

Memandangkan peranan perdagangan sangat signifikan dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia maka sektor logistik akan diperkukuh menjelang tahun 2020 dengan sasaran kadar pertumbuhan tahunan purata sebanyak 8.5 peratus bagi subsektor pengangkutan dan penyimpanan, serta tersenarai dalam kedudukan 10 teratas mengikut Indeks Pencapaian Logistik oleh Bank Dunia.

Selain ketersambungan fizikal, infrastruktur digital disasar mempunyai capaian jalur lebar kepada 95 peratus di kawasan berpenduduk manakala kos langganan jalur lebar talian tetap disasarkan pada kadar satu peratus daripada Pendapatan Negara Kasar per kapita, katanya.

"Inisiatif infrastruktur utama seperti Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi 2 (HSBB 2), Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) dan Televisyen Terestrial Digital (DTT) akan dilaksanakan dalam tempoh RMK11 di samping menambah baik dasar berkaitan rangka kerja harga capaian dan perlindungan pengguna," katanya.

Kemudahan asas seperti perkhidmatan air dan tenaga terus kekal penting dalam RMK11, oleh yang demikian kerajaan memberi fokus utama dalam sektor ini dari aspek peluasan capaian rangkaian terutama di luar bandar, peningkatan daya harap dan kecekapan perkhidmatan serta pengukuhan kemampanan kewangan, katanya.

"Kerajaan menyasarkan untuk menyediakan air bersih dan terawat kepada 99 peratus penduduk dan perkhidmatan pembetungan bersambung kepada 80 peratus penduduk serta mengurangkan kadar air tidak berhasil kepada 25 peratus," katanya.

Menurut dokumen itu bagi sektor tenaga, kapasiti baharu penjanaan sebanyak 7,626 megawatt akan ditambah di Semenanjung Malaysia, di samping kapasiti baharu penapisan minyak sebanyak 300,000 tong sehari di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang untuk menjamin keperluan tenaga negara.

Tags / Kata Kunci: logistik , pengangkutan , RMK11

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan