RMK11: PM Bentang Enam Teras Startegik, Enam Pemacu Perubahan

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 11:36 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dibentangkan di Parlimen pada Khamis mengandungi enam teras strategik dan enam pemacu perubahan dalam usaha untuk merealisasikan matlamat Malaysia menjadi negara maju dan inklusif selaras dengan Wawasan 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, RMK11 dirangka dengan menjadikan rakyat sebagai fokus utama bagi semua usaha pembangunan.

Menurut Najib, antara fokus utama usaha pembangunan berkenaan ialah untuk meningkatkan taraf hidup, martabat, serta potensi rakyat untuk menyertai aktiviti ekonomi dan menikmati kekayaan negara.

"Enam teras strategik itu bagi membantu Malaysia sentiasa bersedia menghadapi cabaran dan memanfaatkan peluang berikutan perubahan landskap global dan politik yang pantas. Teras strategik ini bertujuan memenuhi pelbagai keperluan rakyat dan negara secara menyeluruh.

"Selain itu kerajaan juga mengenal pasti enam pemacu perubahan yang merupakan pendekatan yang inovatif bagi mempercepat pembangunan Malaysia. Kejayaan pelaksanaan pemacu perubahan akan mengubah trajektori pertumbuhan ekonomi negara dengan ketara,” katanya di Dewan Rakyat di sini.

Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, enam teras berkenaan ialah memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama, meningkatkan kesejahteraan rakyat, meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju dan menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan.

Selain itu enam teras berkenaan turut merangkumi aspek untuk memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran.

Bagi mempastikan enam strategi tumpuan RMK11 ini berjaya mencapai matlamatnya, "game changers" akan dilaksanakan sebagai pemangkin bagi menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat secara inklusif.

"Game changers ini adalah meningkatkan produktiviti bagi mempercepat pertumbuhan sektoral; mempergiat inovasi bagi menjana sumber hasil baharu; memperkukuh pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) bagi menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi; dan membangunkan bandar sebagai sumber daya saing,” katanya.

Tags / Kata Kunci: RMK11 , Dewan Rakyat

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan