RMK11: Peluang Ekonomi Bumiputera Diperkukuh

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 12:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkukuh peluang Komuniti Ekonomi Bumiputera untuk meningkatkan pemilikan kekayaan menerusi lima strategi utama yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) 2016-2020 termasuk memperkasa modal insan Bumiputera.

Menurut RMK11 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini, empat strategi lain adalah meningkatkan penguasaan efektif Bumiputera dan mengekalkan pemilikan korporat; memperluas syer pemilikan kekayaan Bumiputera; memperkasa Komuniti Ekonomi Bumiputera dan mengukuhkan keberkesanan penyampaian program berorientasikan Bumiputera.

Rancangan itu menyebut penyertaan Bumiputera dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi disasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus menjelang 2020 melalui program peningkatan kemahiran Bumiputera.

Selain itu, rancangan lima tahun itu menggariskan pemilikan ekuiti korporat Bumiputera dengan penguasaan berkesan dijangka meningkat kepada sekurang-kurangnya 30 peratus dalam tempoh RMK11.

Sementara itu, program pembiayaan usahawan akan dipergiat bagi menyokong pelaksanaan program pembangunan usahawan secara efektif dan bersepadu.

Tumpuan akan diberi kepada industri yang mempunyai penyertaan usahawan Bumiputera yang besar termasuk automotif, pembinaan, aeroangkasa dan pertahanan, perkhidmatan perniagaan, pendidikan, penjagaan kesihatan serta minyak dan gas.

Menerusi rancangan itu juga, Program Bridging akan diperkenalkan bagi mengumpul usahawan Bumiputera berwibawa untuk meningkatkan mereka ke tahap seterusnya di samping memperkenalkan Program Baucar Pembangunan Perniagaan untuk menyediakan geran pemadanan.

Agensi pembangunan keusahawanan Bumiputera akan memperkukuh jalinan kerjasama dalam kalangan mereka untuk melahirkan usahawan yang berjaya dan berdaya saing.

Di samping itu, perolehan dan kontrak kerajaan akan disusun semula untuk mengurangkan kegiatan Ali Baba dan 'spurious-front' dan usaha ini akan termasuk memperkenalkan dasar graduasi atau dasar penamatan yang bersesuaian untuk mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan.

Dalam pada itu, menurut RMK11, dijangka sekurang-kurangnya 90 peratus isi rumah Bumiputera memiliki seunit kediaman dalam tempoh rancangan itu dan sebagai usaha membantu Bumiputera untuk memiliki hartanah kediaman, lebih banyak rumah mampu milik akan dibina menggunakan sumber dana termasuk mekanisme tabung 'clawback'.

Tabung ini merupakan sumbangan daripada pihak pemaju hartanah yang tidak mematuhi penetapan kuota Bumiputera dalam pembangunan hartanah. Jumlah sumbangan bersamaan dengan nilai diskaun unit kediaman Bumiputera yang dijual kepada bukan Bumiputera.

Selain itu, Dana Pusingan Hartanah Komersial Bumiputera akan ditubuhkan bagi membantu usahawan untuk memperoleh hartanah komersial dan inisiatif ini akan membolehkan usahawan Bumiputera daripada menyewa kepada memiliki hartanah tersebut.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , RMK11

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan