Rasionalisasi Sektor Awam Antara Usaha Di Bawah RMK11

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 12:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Merasionalisasikan sektor awam, mewajarkan saiz perkhidmatan dan memperkenalkan dasar pemisah bagi personel berprestasi rendah merupakan antara usaha yang bakal dilaksana kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). 

Langkah itu bertujuan menjadikan perkhidmatan awam berfokuskan rakyat yang disokong dengan bakat yang lebih berkemahiran, kurang lapisan hirarki dan birokratik, kurang pemusatan kerja serta perkhidmatan yang lebih mudah dicapai, cekap dan berkesan untuk rakyat.

Menurut dokumen RMK11 2016-2020 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada Khamis, sektor awam akan memperkenalkan pendekatan kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kualiti sistem penyampaian.

Kerajaan akan memperkenalkan beberapa langkah transformasi dengan tumpuan akan beralih ke arah tadbir urus bersama rakyat dengan meningkatkan pemahaman berkaitan keutamaan rakyat dan melibatkan mereka dalam perancangan dan penyampaian perkhidmatan.

Prosedur birokrasi yang menghalang fasilitasi penyampaian perkhidmatan awam yang cekap akan dipermudah, data dimanfaatkan sepenuhnya, pertindanan dikurangkan dan akauntabiliti ditingkatkan.

Laporan itu menyebut kerajaan akan beralih daripada peranan sebagai penyedia perkhidmatan dengan memberi lebih penekanan kepada peranan sebagai fasilitator.

Bagi mencapai matlamat ini, di bawah RMK11 yang merupakan rancangan untuk tempoh lima tahun dari 2016 hingga 2020, lima bidang fokus dikenal pasti untuk mentransformasikan perkhidmatan awam.

Selain itu, pengurusan projek akan ditingkatkan untuk mencapai keputusan yang lebih baik dan cepat serta memanfaatkan pihak berkuasa tempatan bagi menyediakan perkhidmatan berkualiti pada peringkat tempatan.

Di bawah setiap bidang fokus tersebut, laporan RMK11 itu menggariskan secara terperinci strategi yang akan dilaksana seperti untuk mengurangkan kerenah birokasi, menyusun semula institusi sektor awam dan mengurangkan pertindanan peranan.

Model penyampaian dan perkhidmatan baharu ini membolehkan kerajaan melaksanakan pembaharuan dan pengukuhan supaya operasi menjadi lebih kos efektif dan kerajaan lebih bersedia untuk memenuhi permintaan dan ekspektasi rakyat menjelang 2020 dan seterusnya.

Tags / Kata Kunci: RMK11 , rasionalisasi , sektor awam

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan