RMK11 Dapat Pujian Pembangkang

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 4:29 PM

Orang ramai di kedai makan di Kuching, Sarawak juga tidak ketinggalan mengikuti siaran langsung pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) mendapat pujian pembangkang khususnya pelan pembangunan jangka panjang yang dilihat bakal merealisasikan matlamat Malaysia sebagai negara maju selaras Wawasan 2020.

Antara yang menyokong ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Bagaimanapun wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menggesa kerajaan melaksanakan penambahbaikan sistem pentadbiran negara bagi mencapai sasaran berkenaan.

"Walaupun kita dari Pakatan Rakyat, kita menyokong hasrat negara untuk mencapai Wawasan 2020, ini baik untuk rakyat.

"Harap kerajaan perbetulkan segala ketirisan dan saya nak projek dilaksanakan secara adil agar negara dapat maju ke hadapan. Ini perlu diperbetulkan, kami nak sokong tapi perlu perbincangan. Hasrat kami agar dapat duduk dan bincang hal pembangunan bersama," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Khamis.

Turut melahirkan pandangan senada ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob yang menyifatkan RMK11 bersifat menyeluruh demi kepentingan rakyat.

Menurut Ahmad, beliau menyambut baik perancangan jangka panjang untuk pembangunan Kelantan seiring dengan negeri-negeri lain untuk menuju Wawasan 2020.

"Saya perhatikan RMK11 ini, terutama berkenaan lebuh raya dan juga tebatan banjir serta lapangan terbang. Ketiga-tiga perkara ini penting bagi Kelantan, melihat masa depan kita untuk maju ke hadapan.

"Ia perancangan yang baik untuk masa depan Kelantan, InsyaAllah sekiranya perkara ini berlaku secara berjadual, saya percaya Kelantan akan meningkat bersama-sama dengan negeri lain untuk mencapai negara maju 2020,” katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin melahirkan harapan agar perancangan RMK11 dapat direalisasikan mengikut perancangan.

“Sudah tentu kita mengharapkan perancangannya dapat dilaksanakan.

"Kami tidak boleh lari dari kesangsian, jadi saya harap beberapa masalah dan isu yang timbul dapat diselesaikan,” kata wakil rakyat PAS itu.

Tags / Kata Kunci: RMK11 , Sim Tze Tzin , PKR , Dewan Rakyat

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan