Myanmar Sedia Beri Kerjasama Selesai Konflik -Anifah

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 11:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Myanmar sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik di negeri Rakhine di negara itu serta krisis kemanusiaan melibatkan pendatang asing tanpa izin di Teluk Bengal dan Laut Andaman.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Menteri Luar Myanmar, U Wunna Maung Lwin telah memaklumkan bahawa kerajaannya sentiasa mengambil berat mengenai perkembangan di negeri Rakhine malah Naib Presidennya U Nyan Tun telah mengadakan lawatan ke wilayah itu baru-baru ini.

"Kerajaan Myanmar akan terus menghulur bantuan dan melaksanakan program pembangunan ekonomi dan sosial di wilayah itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Anifah hadir pada mesyuarat dua hala bersama Menteri Luar Myanmar di Nay Pyi Taw, Myanmar hari ini bagi membincangkan pelbagai langkah yang perlu diambil dalam menangani krisis kemanusiaan yang semakin kritikal itu.

Anifah berkata beliau juga telah meminta jaminan daripada kerajaan Myanmar untuk membantu dalam menangani krisis itu di samping menekankan kepentingan negara itu untuk mengenal pasti dan menyelesaikan punca utama masalah berkenaan.

Anifah berkata negara-negara ASEAN perlu bersepakat memainkan peranan utama dalam menangani krisis itu yang telah mendapat perhatian serta liputan meluas oleh masyarakat antarabangsa.

"Yang lebih utama dan paling mendesak yang perlu dilaksanakan pada waktu ini adalah bagi Malaysia serta negara-negara lain, khususnya Indonesia, Thailand dan terutamanya Myanmar untuk mencari jalan dan kata sepakat bagi membantu 7,000 orang pendatang asing yang dimaksudkan.

"Kita tidak boleh berdiam diri, dengan membiarkan mereka terus menderita," katanya.

Beliau turut menekankan bahawa masyarakat antarabangsa perlu memikul beban dan tanggungjawab dalam hal ini dengan menghulur bantuan-bantuan yang sewajarnya, khususnya bantuan kewangan kepada Indonesia dan Malaysia.

Baru-baru ini media melaporkan lebih 7,000 orang pendatang asing tanpa izin dari Myanmar dan Bangladesh cuba menyusup masuk ke beberapa negara Asean melalui jalan laut.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan