Kurangkan Indeks Jenayah, Tingkat Persepsi Rasa Selamat

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 11:57 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan pengurangan indeks jenayah sebanyak lima peratus setahun dan meningkatkan persepsi rasa selamat kepada 60 peratus pada 2020 dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) 2016-2020.

Menurut rancangan lima tahun itu yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada Khamis, sasaran itu akan dicapai melalui  omnipresence (kehadiran polis), Program Bandar Selamat dan program kesukarelawanan.

"...meningkatkan persepsi rasa selamat daripada 39 peratus pada 2014 kepada 60 peratus pada 2020.

Omnipresence akan dipertingkatkan dengan menempatkan semula lebih ramai anggota polis untuk melaksanakan tugas hakiki kepolisan, khususnya pencegahan jenayah," menurut laporan RMK itu.

Selain itu, masa respons polis terhadap panggilan kecemasan akan dipercepat daripada 12 minit sekarang kepada lapan minit khususnya di kawasan bandar dan bandar raya dengan pelaksanaan lebih meluas sistem Perintah, Kawalan, Komunikasi dan Integrasi Komputer (C4i). 

Laporan itu berkata keupayaan dan kebolehan anggota penguat kuasa akan diperkukuh dengan menyediakan peralatan yang sesuai dan melaksanakan program pembangunan keupayaan.

"Sebagai contoh, kerjasama dengan badan kepolisan antarabangsa akan dimanfaatkan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran menerusi program pertukaran pegawai dan latihan khusus.

"Integriti anggota penguat kuasa akan dipertingkatkan melalui program kesedaran oleh Institut Integriti Malaysia di samping pengawasan yang menyeluruh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan," menurut laporan itu.

Laporan itu menyebut kerjasama dalam kalangan agensi penguat kuasa akan diperkukuh menerusi penubuhan pasukan petugas dan pembangunan pangkalan data bersepadu.

Sementara itu, laporan berkenaan turut menekankan bahawa undang-undang dan peraturan sedia ada akan ditambah baik bagi meningkatkan keberkesanan dalam pencegahan jenayah.

Reka Bentuk Persekitaran Selamat (CPTED) akan dijadikan komponen pembangunan kawasan perumahan dan komersial baharu.

Kemasukan secara tidak sah di pos pemeriksaan Imigresen akan dikekang menerusi pelaksanaan Sistem Pengimbasan Penumpang Termaju (APSS), sistem biometrik dan sistem pengecaman muka.

Dalam pada itu, rancangan Malaysia itu menyebut usaha pemulihan, rawatan dan program selepas pemulihan untuk penagih dadah dan banduan akan diperkukuh bagi mencapai sasaran pengurangan kadar pengulang laku jenayah kepada lima peratus dan kadar penagih dadah berulang kepada 35 peratus pada 2020.

Mengenai langkah meningkatkan keselamatan jalan raya untuk mengurangkan kemalangan, RMK11 menegaskan bahawa kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan indeks fataliti kemalangan jalan raya daripada 2.9 pada 2013 kepada 2.0 bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar menjelang 2020.

"Matlamat ini akan dicapai melalui peluasan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan semakan semula Sistem Kesalahan Jalan Raya (Kejara) bagi mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pemandu yang ingkar," menurut laporan itu.

Tags / Kata Kunci: indeks jenayah , Najib Tun Razak , RMK11

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan