Kepakaran Veteran Tentera Diperlukan Bantu Hadapi Ancaman Keselamatan

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 11:43 AM

Hishammuddin Hussein.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kepakaran veteran tentera yang mempunyai kemahiran khusus seperti risikan amat diperlukan bagi membantu kerajaan mendepani pelbagai ancaman baharu keselamatan pada masa kini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementerian perlu bersikap terbuka berhubung penglibatan anggota veteran yang mempunyai kemahiran-kemahiran khusus bagi memastikan kepakaran mereka dapat dimanfaatkan untuk kepentingan negara.

"Diharap pegawai-pegawai dalam kementerian akan lebih inklusif termasuk melibatkan mereka (veteran tentera) yang mempunyai kemahiran khusus ini," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) pada sesi Dewan Rakyat pada Khamis.

Ahmad mahu tahu adakah kerajaan membuat pemantauan terhadap veteran-veteran terutama yang mempunyai kemahiran khusus bagi mengetahui apakah aktiviti terkini mereka untuk mengelakkan mereka terjebak dengan perkara tidak baik.

Hishammuddin berkata dengan mengupayakan veteran berkemahiran khusus ini juga, ia dapat mengelakkan mereka daripada terjebak dengan perkara negatif atau diekploitasi pihak tertentu sehingga menyusahkan negara.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan