Jet Pejuang Sweden Pilihan Tepat Untuk Pertahanan Malaysia - Pengeluar

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 10:13 PM

Jet pejuang Gripen keluaran Sweden.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jet pejuang Gripen keluaran terbaru Sweden merupakan pilihan paling tepat bagi Malaysia untuk mempertahankan ruang udaranya daripada pencerobohan musuh.

Pengeluarnya, Saab Group dari Sweden, berkata hakikat itu adalah berdasarkan ciri pesawat pejuang Gripen NG, yang cekap dari segi kos dan kemampuannya melaksanakan pelbagai peranan semasa operasi.

Naib presiden Saab Malaysia Thomas Linden berkata pesawat tempur pelbagai peranan (MRCA) Gripen adalah antara pesawat pertama yang memberi fokus terhadap pertempuran udara ke udara berdasarkan beban bayar dan Net Centric Warfare (NCW) siap pasang yang dimilikinya.

Katanya, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang membuat penilaian terhadap Gripen dalam prosesnya untuk menggantikan 10 pesawat MiG-29 buatan Rusia yang sudah lanjut usia.

"TUDM sedang membuat penilaian terhadap tawaran kami dan saya amat yakin, Gripen akan merupakan penyelesaian terbaik bagi Malaysia dari segi pertahanan," katanya kepada Bernama selepas menghadiri syarahan mengenai 'Sistem Pertempuran Udara: Kemajuan Masa Depan, Cabaran dan Langkah Ke Hadapan' di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di sini, Khamis.

Syarahan disampaikan ketua jurutera aeroangkasa Sistem Udara Masa Depan Saab Knut Ovrebo. Duta Besar Sweden di Malaysia Bengt G. Carlsson turut hadir.

Linden berkata, Gripen NG adalah antara pilihan terbaik sebagai jet pejuang generasi baharu dan pesawat itu menerima maklum balas serta ulasan positif daripada TUDM serta banyak pihak lain pada Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (Lima 15) Mac lepas.

Katanya, Saab sudah berada di Malaysia sejak 40 tahun lepas untuk membekalkan kepada Angkatan Tentera Malaysia sistem pertahanan berprestasi tinggi dan cekap kos seperti sistem radar tentera laut dan tentera darat, sistem perlindungan udara kendiri untuk jet pejuang, sistem perintah dan kawalan tentera laut serta senjata sokongan tentera darat, termasuk senjata antikereta kebal.

Ia juga membekalkan kelengkapan ketenteraan kepada banyak pasukan tentera di dunia dan telah membekalkan jet pejuang Gripen NG kepada Afrika Selatan, Hungary, Czech dan Brazil.

Sementara itu, Ovrebo memberitahu Bernama bahawa Gripen NG, yang dilengkapi meriam Mauser BK27 27 mm, litening dan reccelite, bukan sahaja boleh digunakan ketika perang, tetapi juga untuk latihan. Katanya, Gripen juga memiliki beberapa kelebihan lain, termasuk kecekapan tempur yang hebat, kesedaran tentang keadaaan, kerjasama tanpa had dan daya kelangsungan hidup yang tinggi.

Menurut beliau, Gripen dicipta untuk melaksanakan pelbagai peranan dan boleh berfungsi dalam operasi udara ke udara, udara ke permukaan dan dalam misi pengawasan.

"Selain itu, jet pejuang ini mampu melakasanakan pelbagai misi, daripada  menyerang dan menyerang balas untuk mempertahankan diri, hinggalah kepada melaksanakan tugas pengawasan dan peninjauan di udara, katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Gripen , Sweden , Saab Group

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan