1,008 Peserta Pamer Rekaan Di Itex 2015

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 5:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 peserta dari 21 negara Asia menyertai Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa 2015 ke-26 (Itex) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Khamis.

Menurut Presiden Pertubuhan Rekacipta dan Rekaan Malaysia (MINDS), Tan Sri Augustine Ong, penyertaan yang diterima pada tahun ini meningkat berbanding tahun sebelumnya.

"Penyertaan pada tahun ini sangat memberangsangkan kerana sebanyak 1,008 pereka daripada 21 negara Asia mengambil bahagian. Mereka yang terdiri daripada 70 peratus pereka tempatan dan 30 peratus pereka antarabangsa," katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Itex 2015, di sini.

Selain itu, Augustine turut memberitahu, pihak teruja apabila sebanyak 33 institut pengajian tinggi awam dan swasta turut mengambil bahagian dalam pameran selama tiga hari sehingga Sabtu ini.

"Tidak ketinggalan, pereka muda yang terdiri daripada pelajar sekolah dan individu turut mempamerkan hail rekaan masing-masing.

"Seperti tahun-tahun yang lalu, penyertaan yang diterima pada tahun ini membuktikan bahawa pameran seperti ini mendapat sambutan dari seluruh negara," katanya.

Bercerita lebih lanjut, Augustine berkata, pameran ini bukan sahaja dapat mempamerkan rekaan daripada pelbagai sektor malah turut menjadi platform untuk pereka baru mempamerkan hasil kreatif produk rekaan untuk menyaingi teknologi syarikat-syarikat.

Sementara itu, beliau berkata, penganjur mensasarkan seramai 13,000 pengunjung akan hadir pada pameran berkenaan yang dibuka pada 9 pagi hingga 5 petang.

"Tahun ini, kami anggarkan lebih kurang 13,000 pengunjung akan hadir untuk melihat hasil rekaan daripada pereka seluruh Asia. Ia unik dan orang ramai perlu mengambil kesempatan ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Itex , KLCC

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan