Laporan Isteri Robert Kuok Ditemui Mati Di Seoul Adalah Palsu

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 6:29 PM

Robert Kuok

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Laporan agensi berita Korea yang mendakwa isteri kepada ahli perniagaan Tan Sri Robert Kuok ditemui mati akibat sakit jantung di sebuah hotel di Seoul, Khamis, adalah palsu.

Laporan itu mendakwa seorang yang berusia 65 tahun, di mana agensi berita Yonhap mengenal pasti identitinya sebagai isteri Kuok, telah ditemui mati di sebuah hotel disebabkan oleh serangan jantung.

Laporan itu menyatakan bahawa polis mengenal pasti seorang yang berumur 65 tahun dengan nama pangkal G telah ditemui mati dan serangan jantung dilihat sebagai punca awal yang menyebabkan kematiannya.

Terdahulu, dilaporkan bahawa isteri Kuok ditemui mati dipercayai berpunca daripada kegagalan jantung di sebuah hotel di Seoul.

Turut dilaporkan isterinya berada di sana untuk menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya yang dijadualkan berlangsung minggu depan.

Nilai bersih harta Kuok dianggarkan berjumlah AS$12.4 bilion pada tahun 2015, menjadikan beliau orang yang paling kaya di Malaysia, menurut Forbes.



Tags / Kata Kunci: Tan Sri Robert Kuok , Hotel Shilla

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan