Najib Nafi 1MDB Dapatkan Penyata Bank Palsu

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 10:51 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan menolak dakwaan bahawa syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memperoleh dokumen palsu daripada BSI Bank Limited Singapore (BSI).

"Kenyataan Ahli Yang Berhormat bahawa CEO Arul Kanda mendapat penyata bank yang bukan milik BSI adalah tidak benar," kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada Khamis.

Perdana Menteri berkata demikian menerusi jawapan bertulis kepada Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (DAP-Raub) berhubung dakwaan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB itu memperoleh dokumen yang bukan milik BSI.

Sebelum ini portal Sarawak Report mendedahkan bahawa syarikat pelaburan itu didakwa memberikan penyata bank palsu berkaitan akaun anak syarikatnya kepada BSI.

Menurut laman sesawang pemberi maklumat itu, terdapat bukti yang menunjukkan BSI menolak dokumen 1MDB ‎mengenai akaun Brazen Sky Limited di Singapura.

Sebelum ini Najib memberitahu bahawa baki pelaburan 1MDB yang diuruskan oleh Cayman Monetary Authority sebanyak AS$1.1 (RM4.022) billion ditebus dalam bentuk wang tunai dan diuruskan oleh BSI.

Namun Perdana Menteri pada Rabu meminda kenyataannya dan menjelaskan bahawa baki pelaburan di BSI itu adalah dalam bentuk aset dan bukannya wang tunai.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , BSI , Caymen

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan