Nisbah Doktor-Penduduk Ditambah Baik

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 12:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menjelang tahun 2020, Malaysia bakal mempunyai nisbah seorang doktor bagi 400 penduduk apabila sistem kesihatan ditambah baik menerusi pelbagai strategi yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Tempoh lima tahun akan datang juga akan menyaksikan jurang agihan katil di hospital dikecilkan kepada 2.3 katil bagi setiap 1,000 penduduk untuk membolehkan lebih ramai rakyat mendapat akses kesihatan yang berkualiti sama ada di fasiliti awam mahupun swasta di seluruh negara.

Sasaran ini akan direalisasikan menerusi peluasan perkhidmatan kepada masyarakat yang kurang mendapat akses perkhidmatan kesihatan, khususnya isi rumah miskin dan berpendapatan rendah yang meliputi Orang Asli di Semenanjung Malaysia, dan kawasan luar bandar serta pedalaman di Sabah dan Sarawak.

Perkara itu terkandung dalam RMK11 bertemakan 'Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat' yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada Khamis. 

Antara kaedah yang dikenal pasti ialah menempatkan lebih banyak pakar dalam bidang perubatan dan kesihatan serta personel berkemahiran; mewujudkan lebih banyak kemudahan penjagaan kesihatan di kawasan yang amat memerlukan, dan mengembangkan program jangkauan kesihatan.

Rancangan lima tahun itu juga bakal menyaksikan klinik kesihatan terpilih dinaik taraf kepada klinik yang lengkap dengan pelbagai disiplin perkhidmatan untuk menyokong dan meningkatkan keupayaan pasukan penjagaan kesihatan primer.

Bagi menambah baik sistem penyampaian kesihatan, kerajaan akan mengkaji semula dan menggubal undang-undang berkaitan kesihatan serta mempergiat penguatkuasaan melalui pengukuhan penyelarasan antara agensi kerajaan dan sektor swasta.

"Sebagai contoh, kerajaan akan memperkemas unit penguatkuasaan yang berkaitan bidang kesihatan seperti farmaseutikal, kawalan penyakit, keselamatan makanan, kebersihan kawasan serta amalan perubatan dan profesionalisme," menurut dokumen itu.

Menurut rancangan pembangunan negara itu, kerajaan juga akan melaksanakan strategi 'e-Health' yang menggabungkan sistem ICT sedia ada menjadi satu model sistem yang menyeluruh untuk meningkatkan pengurusan data kesihatan dan menyokong inisiatif penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan.

Laporan itu juga menyebut bahawa konsep hospital kluster akan dilaksanakan di kawasan terpilih, melibatkan beberapa hospital dalam lingkungan geografi yang sama dan akan berfungsi sebagai satu unit serta berkongsi sumber seperti aset, kemudahan dan personel.

Tags / Kata Kunci: RMK11 , doktor

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan