DCA Sabah: Lapangan Terbang Tawau Kembali Beroperasi

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 3:43 PM

Lapangan Terbang Tawau.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Lapangan Terbang Tawau beroperasi semula selepas tergendala akibat kerja penyelenggaraan ke atas peralatan pendaratan di lapangan terbang tersebut, kata Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Sabah, Mahmud Amat Shah.

"Lapangan terbang itu beroperasi pada sebelah pagi dan malam, tiada masalah," katanya ketika ditanya mengenai dakwaan penerbangan di sebelah malam menuju ke lapangan terbang itu digantung sementara menunggu kerja penyelenggaraan selesai sehingga 3 Jun ini.

Mahmud berkata tiada sebarang masalah dan operasi di lapangan terbang kembali seperti biasa.

Pada Rabu, sekurang-kurangnya tiga penerbangan dari dan menuju ke Tawau dibatalkan atau dilencongkan ke Kota Kinabalu kerana masalah peralatan pendaratan.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman memberitahu The Star bahawa peralatan sokongan pendaratan perlu ditentu ukur semula di lapangan terbang tersebut.

Beliau berkata penentukuran sepatutnya dilakukan pada minggu lalu tetapi pesawat untuk kegunaan tersebut tidak boleh diselenggara di Sandakan.

Tempoh untuk melakukan penentukuran tersebut melepasi tarikh tamat.

Azharuddin berkata beliau akan mengkaji rekod kedua-dua peralatan tersebut dan akan memutuskan untuk melanjutkan jangka hidup peralatan berkenaan dan akan membuat keputusan mengenainya pada Khamis.

Tags / Kata Kunci: lapangan terbang Tawau , DCA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan