Malaysia Cipta Pelbagai Ceritera Kejayaan Sejak Rancangan Malaysia Pertama

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 3:00 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia telah menempa dan mencipta pelbagai ceritera kejayaan yang boleh dibanggakan sepanjang 10 Rancangan Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menyenaraikan 10 ceritera kejayaan itu ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata pencapaian pertama, nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara kini meningkat kepada RM1.1 trilion berbanding hanya RM71.1 bilion pada tahun 1970.

Katanya Malaysia berjaya mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara yang tertinggi di Asia, iaitu secara purata 6.2 peratus setahun sejak lima dekad lalu.

"Kedua, struktur ekonomi negara beralih daripada sebuah negara dominan sektor pertanian yang menyumbang 31.8 peratus kepada KDNK pada tahun 1970, kepada sebuah negara berasaskan pembuatan dan perkhidmatan yang menyumbang 76.5 peratus kepada KDNK. Sektor pertanian menguncup kepada 9.2 peratus tahun lepas," katanya.

Najib berkata pendapatan bulanan purata isi rumah pula meningkat lebih 20 kali ganda daripada RM264 sebulan pada tahun 1970, kepada RM6,141 sebulan pada 2014.

Pendapatan penengah atau median income sebulan juga meningkat kepada RM4,585 sebulan tahun lalu berbanding RM166 pada tahun 1970, katanya.

Beliau berkata pencapaian keempat, setakat RMK10, sebanyak 76.1 peratus daripada isi rumah keseluruhan sudah memiliki kediaman manakala bagi isi rumah miskin pula, 75.3 peratus telah berjaya mempunyai rumah sendiri.

"Kelima, sehingga kini, 95.1 peratus daripada penduduk seluruh negara mendapat akses bekalan air bersih dan 97.6 peratus mendapat bekalan elektrik,' katanya.

Selain itu, katanya kadar literasi kini meningkat kepada 98 peratus daripada hanya 75 peratus yang boleh menulis dan membaca pada tahun 1970.

Perdana Menteri berkata pada masa ini, 27 peratus tenaga buruh mempunyai pendidikan tinggi berbanding hanya enam peratus pada tahun 1980 ketika penghujung RMK-3.

Pencapaian kelapan pula, kadar pengangguran menurun kepada 2.9 peratus tahun lepas daripada 7.4 peratus pada tahun 1970.

"Kesembilan, hak milik ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat meningkat sebanyak 10 kali ganda kepada 23.5 peratus pada 2011 daripada 2.4 peratus pada 1970," katanya.

Najib berkata kadar kemiskinan pula berkurang kepada 0.6 peratus pada 2014 daripada 49.3 peratus pada 1970.

Beliau berkata setiap dasar dan wawasan serta rancangan yang dibuat kerajaan adalah saling berkait dan melengkapi antara satu sama lain secara konsisten.

"Adalah tidak benar jika sesetengah pihak menuduh kononnya dasar kerajaan hari ini terpisah daripada dasar-dasar yang sebelumnya.

"Dalam konteks ini, ingin saya tegaskan segala perancangan, gagasan dan dasar kerajaan perikatan membawa kepada Barisan Nasional (BN) sejak meraih kemerdekaan hingga kini, kita terus berkesinambungan dan beristiqamah pada landasan dan menuju matlamat yang sama," katanya.

Tags / Kata Kunci: RMK11

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan