Mula-Mula Wang Tunai, Kemudian Aset, Dana 1MDB Di Singapura Kini 'Unit'

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 5:40 PM

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedang mengalami masalah aliran tunai 'jangka pendek'  berhubung keupayaannya untuk membayar hutang, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan hutang cabang pelaburan kerajaan itu.

"Masalah ini adalah masalah aliran tunai jangka pendek, itu sahaja.

"Kita akan menyelesaikannya. Dari segi kualiti aset, mereka mempunyai aset untuk membayar semuanya. Ia hanya masalah aliran tunai jangka pendek, " katanya kepada pemberita di lobi Parlimen Khamis.

Ahmad Husni berkata, 1MDB mungkin disalah tafsir dengan pelaburan sebanyak AS$1.103 bilion (RM4 bilion) dalam BSI Bank (Singapore) Ltd.

"Terdapat kesilapan. Mereka (1MDB) menganggap bahawa terdapat wang tunai apabila mereka menebus dana. Sebenarnya, itu merupakan simpanan, " kata Husni.

Ahmad Husni mengulas jawapan balas bertentangan yang ditulis oleh kementerian kepada Dewan Rakyat untuk ahli parlimen DAP Tony Pua, yang menyoal sama ada 1MDB masih mempunyai wang tunai di bank Singapura.

Pada Januari, Kementerian Kewangan berkata 1MDB telah mendepositkan dana yang ditebus daripada akaun luar pesisir di Kepulauan Cayman ke BSI Bank, dengan jumlah dalam dolar Amerika Syarikat.

Pada 10 Mac, ia disahkan dalam jawapan bertulis kepada Pua bahawa dana telah disimpan dalam bank Singapura dalam bentuk wang tunai.

Namun, pada 19 Mei, kerajaan berkata dana itu bukan dalam bentuk wang tunai, tetapi aset.

Apabila ditanya, Husni tidak mengulas lanjut mengenai bentuk aset syarikat itu, tetapi menegaskan bahawa simpanan tersebut adalah dalam bentuk 'unit'.

"Unit, hanya unit," katanya yang enggan menjelaskan sifat unit apabila ditanya.

Husni berkata, unit itu telah disokong oleh dana kekayaan berdaulat dan kerajaan berharap dana dapat dihantar balik secepat mungkin.

Katanya beliau sedang menyiapkan laporan mengenai pelan penyusunan semula 1MDB untuk Kabinet minggu depan.

"Kami telah mengadakan perbincangan (dengan 1MDB) dan kedudukan mereka adalah sangat jelas. Kami mempunyai rancangan kami di sana dan ia adalah sangat kukuh, " katanya.


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan