Kerajaan Cari Formula Terbaik Selesai Isu GST Kad Prabayar - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2015 12:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan mencari formula terbaik seperti yang diguna pakai di negara lain dalam menyelesaikan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas kad prabayar telefon, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ini bagi memastikan pengguna mendapat nilai terbaik ke atas kad prabayar seperti yang dibayar mereka.

Beliau berkata, kerajaan sedang berusaha cari jalan yang terbaik, sistem terbaik yang digunakan di negara-negara lain dalam perkara itu untuk dicontohi.

"Jika kita melihat konsep yang lebih besar apabila pengguna membeli kad prabayar, mereka hanya memindahkan nilai wang biasa ke bentuk wang digital ke dalam telefon bimbit mereka seperti penggunaan kad Touch'n Go misalnya, jika mahu membayar tempat letak kereta (guna Touch'n Go) barulah GST dikenakan," katanya menjawab soalan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah).

Ikmal Hisham mahu kementerian menyatakan apakah usaha yang dilakukan bagi memastikan syarikat-syarikat telekomunikasi mengkaji semula GST yang dikenakan ke atas kad prabayar.

Pada 13 Mei lepas, Ahmad Shabery berkata, kabinet bersetuju supaya kad tambah nilai prabayar telefon dijual pada harga RM10 akan mendapat nilai yang sama apabila diaktifkan.

Beliau berkata, GST untuk tambah nilai kad prabayar akan dikenakan atas penggunaan iaitu apabila pengguna menggunakannya dan berpandangan cara ini adalah lebih sesuai kerana kerajaan tidak akan mengambil cukai sebelum perkhidmatan digunakan.

Ahmad Shabery berkata, syarikat-syarikat telekomunikasi dikehendaki melaksanakan kaedah dan pendekatan 'beli RM10 dapat RM10' sepenuhnya dalam tempoh enam bulan.

Bagi mengimbangi kesan pengenaan GST, beliau berkata, kementerian telah meminta syarikat telekomunikasi untuk menurunkan tarif perkhidmatan mereka dan juga digesa menawarkan pakej-pakej mampu milik kepada golongan sasar seperti pelajar.

Tags / Kata Kunci: GST , prabayar

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan