Pakatan Sokong Cadangan Pandikar Had Kuasa Menteri Hal Ehwal Parlimen

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2015 6:32 PM

Datuk Seri Dr Wan Azizah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang menyokong cadangan untuk menghadkan pengaruh menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pengaruh menteri hendaklah dihadkan kepada peranan penyelaras.

"Menteri itu tidak boleh menetapkan fungsi Parlimen, seperti yang berlaku di Malaysia sekarang.

"Di negara-negara Asia yang lain seperti India, ada seorang menteri yang bertanggungjawab tetapi sebagai penyelaras semata-mata. Kami tidak mengatakan kedudukannya yang perlu dihapuskan sama sekali, " kata Presiden PKR itu pada Rabu.

Beliau merujuk kepada cadangan yang dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk melakukan pembaharuan dan memperbaiki institusi Parlimen.

Pandikar pada Selasa mencadangkan agar portfolio menteri hal ehwal Parlimen, jawatan yang kini dipegang oleh Datuk Seri Shahidan Kassim dihapuskan sepenuhnya.

Dr Wan Azizah dan ahli Parlimen Pakatan Rakyat  sebelum ini mengalu-alukan cadangan Pandikar yang mahu melihat pemisahan kuasa yang lebih jelas antara badan eksekutif dan perundangan.

Untuk itu, beliau berkata, Pakatan telah bersetuju untuk membentuk Jawatankuasa Penambahbaikan Parlimennya sendiri.

Ia juga telah bersetuju untuk membentuk satu Jawatankuasa Rancangan Malaysia ke-11, sebelum pembentangan pelan itu di Parlimen pada Khamis.

"Kami berharap sistem Parlimen baharu dan lebih baik boleh dicapai seawal Mac tahun depan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Antara penambahbaikan yang dimahukan adalah hari persidangan lebih lama, dengan setiap hari yang tidak berakhir selepas jam 7 malam.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan