Bantuan Kewangan Rakan-Rakan Untuk Teruskan Tugas - MP Sungai Siput

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2015 6:03 PM

Dr Jeyakumar (tengah) ketika mengisytiharkan hartanya, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen dari Parti Sosialis Malaysia (PSM)  terpaksa bergantung kepada rakan-rakannya untuk meneruskan tugas-tugas di kawasannya.

Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar berkata perbelanjaan bulanannya adalah kira-kira RM20,000 manakala pendapatannya adalah sekitar  RM13,000.

Daripada jumlah ini, RM5,200 digunakan untuk tugas-tugas melibatkan PSM, menyebabkan beliau terpaksa bergantung kepada rakan-rakan dalam tempoh kira-kira tiga suku sepanjang menjadi ahli Parlimen di kawasannya.

"Saya bernasib baik kerana mempunyai rakan-rakan yang menghubungi saya dan menderma. Ia tidak konsisten tetapi saya mampu bertahan dengannya, " kata Dr Jeyakumar pada sidang akhbar untuk mengisytiharkan asetnya pada Rabu.

Dr Jeyakumar berkata untuk ahli Parlimen melakukan kerja mereka dengan baik, mereka perlu mengupah penyelaras kawasan dan pembantu penyelidik.

Beliau mengupah tiga kakitangan sepenuh masa dan membayar mereka RM1,800 sebulan.

Tetapi Dr Jeyakumar melakukan penyelidikannya sendiri.

Tambahnya, ahli Parlimen juga perlu menyewa ruang pejabat, menggunakan kenderaan  pacuan empat roda dan menyediakan peruntukan bagi kes-kes kecemasan, dan kebajikan, antara lain.

Beliau berkata ramai ahli Parlimen pembangkang mendapatkan bantuan daripada 'ahli perniagaan yang mesra' tetapi ia mungkin tidak begitu baik untuk demokrasi dalam jangka masa panjang.

"Bergantung kepada orang-orang dalam perniagaan mungkin tidak baik kerana dia mungkin terhutang budi kepada mereka," katanya.

Pada April, Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang menaikkan elaun dan gaji ahli Parlimen.

Dr Jeyakumar menganggarkan bahawa ahli Parlimen sekarang menerima sejumlah RM26,000.

Bagi aset, Dr Jeyakumar mengisytiharkan bahawa beliau mempunyai rumah berkembar bernilai kira-kira RM140,000, empat buah kereta yang semua sekali bernilai kira-kira RM30,000, simpanan saham RM25,000 bernilai hampir RM40,000 dan wang tunai RM40,000 yang merupakan nilai bonus insurans dasar bernilai kira-kira RM42,000.

Beliau juga menerima pencen bulanan sebanyak hampir RM2,400 setiap bulan.

Dr Jeyakumar berkata beliau adalah seorang ahli politik sepenuh masa dan klinik di Ipoh yang dibuka seminggu sekali sedang berada dalam kerugian.

Sejak tahun 2008, wakil-wakil dari PSM yang memegang jawatan di pejabat awam mengisytiharkan harta mereka setiap tahun.

Dr Jeyakumar menggesa semua Ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka dan terbuka untuk pertanyaan mengenai aset mereka.
Tags / Kata Kunci: Dr Michael Jeyakumar , PSM

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan