'The New Village' Disekat Kerana Sanjung Komunis, Seleweng Fakta

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2015 4:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan mengharamkan penayangan filem kontroversi The New Village dibuat berikutan kandungannya yang bertentangan dengan fakta sejarah selain terlalu menyanjungi perjuangan komunis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengarahkan supaya filem berkenaan diolah, namun pihak penerbit berkenaan gagal mematuhi syarat ditetapkan.

Jelas Ahmad Zahid lagi, larangan penayangan filem yang sepatutnya ditayangkan pada 22 Ogos 2013 itu juga dibuat berikutan terdapatnya aduan dan bantahan daripada pelbagai pihak.

"Antara bantahan yang dibangkitkan ialah kandungan ini dikatakan menyanjung perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM), menggambarkan kezaliman pihak British pada masa itu dan tidak langsung menunjukkan kekejaman gerila PKM.

"Sebaliknya filem tersebut memaparkan sikap kebaikan gerila PKM terhadap penduduk Kampung Baru yang bersimpati dengan mereka.

"Oleh yang demikian filem ini mempunyai mesej yang tersirat iaitu mengubah fakta sejarah dan persepsi masyarakat dengan mengagung-agungkan perjuangan PKM," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) yang bertanya mengenai sebab sebenar filem The New Village dilarang untuk ditayangkan di negara ini.

The New Village merupakan filem terbitan Astro Shaw yang diarahkan oleh Wong Kew Lit ini mengisahkan kejadian darurat di Tanah Melayu pada 1949 serta mempaparkan PKM dan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan.

Tags / Kata Kunci: Dewan Rakyat , The New Village

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan