Kemampuan Negara Diambil Kira Sebelum Beli Aset Pertahanan - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2015 6:19 PM

hishammuddin

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kemampuan negara antara tiga prinsip utama yang disandarkan Kementerian Pertahanan bagi pembelian sebarang aset pertahanan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata dua lagi prinsip adalah pembelian aset bergantung kepada ancaman semasa selain pendapat dan keputusan bersama daripada pihak-pihak berkepentingan seperti industri pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia.

"Apa jua aset yang kita beli perlu ada hubung kait dengan ancaman yang kita hadapi ... kerana ancaman hari ini berbeza dari ancaman dahulu seperti kemunculan (kumpulan militan) IS dan sebagainya," katanya secara ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Hishammuddin diminta mengulas mengenai jangkaan pembentangan RMK11 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis.

Antara perkara yang diberi tumpuan dalam RMK11 adalah berkaitan kos sara hidup, pendidikan, keselamatan, pengangkutan awam dan infrastruktur luar bandar.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan