Kabinet Bayangan Pembangkang Bukan Kerjasama Sebenar

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2015 3:34 PM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Kabinet bayangan yang diumumkan pakatan pembangkang pada Selasa bukan menggambarkan kerjasama sebenar mereka, malah pembangkang sebenarnya tidak mampu bersatu kerana masing-masing mempunyai perbezaan pendirian yang ketara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata meskipun pakatan pembangkang pernah mencadangkan perkara yang sama pada pilihan raya yang lepas, namun mereka tidak mampu berbuat demikian kerana tidak mencapai kesepakatan.

"Ia menggambarkan seolah-olah mereka (pembangkang) bersatu tetapi mereka tak mampu bersatu, ada terdapat perbezaan yang ketara, luar biasa. Mungkin rakyat akan persoalkan mampukah mereka membentuk kerajaan yang begitu mantap untuk menjamin kesejahteraan rakyat.

"(Ini) soal rakyat. Kita serah kepada rakyat untuk menilai," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri taklimat tertutup Pelan Pembangunan Parlimen Pagoh, di Kompleks Seri Pekembar di sini Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang mahu menghidupkan kembali kabinet bayangan pembangkang bagi memperkuatkan sistem periksa dan imbang bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, pengumuman itu mungkin disebabkan Pakatan Rakyat (PR) memikirkan mereka mempunyai prospek untuk menubuhkan kerajaan pada masa depan.

"Apapun bagi kami dalam BN, isunya dalam pembangkang sama ada mereka nak membariskan bakal pemimpin yang akan menjadi kerajaan masa hadapan, mungkin rakyat nak tahu siapa nak jadi PM (Perdana Menteri) atau TPM (Timbalan Perdana Menteri).

"Perkara ini (Kabinet bayangan) bukan perkara luar biasa, banyak negara lain pun ada sistem begitu tetapi di Malaysia belum berlaku dan kita kurang pasti sama ada itu boleh terjadi kerana dalam barisan pembangkang pun kita tahu mereka tidak sepakat.

"Yang saya tahu pergaduhan PAS dengan DAP sampai kemuncak dan sampai cabar mencabar di peringkat tertinggi jadi harapan Wan Azizah jadi harapan sahaja pasal mereka tidak akan setuju siapa nak jadi apa. Apa pun ini isu pembangkang bukan isu kerajaan. Terserah kepada mereka," kata beliau.

Mengenai kemungkinan pengumuman Kabinet bayangan itu menjadi strategi pembangkang untuk menarik minat rakyat, Muhyiddin berkata terserah kepada rakyat untuk menilai.

"Mereka tidak mampu membariskan (kabinet bayangan) pada masa lalu. Masa pilihan raya lalu pun, hendak bereskan pemimpin pun tapi tidak dibuat secara rasmi. Gambar siapa jadi apa tetapi tidak disahkan oleh mereka. Soal yang sama akan berlaku kerana tiada muafakat dalam pimpinan PR, mereka tidak mencapai persetujuan, maka sampai bila pun tak akan terjadi," kata beliau.

Tags / Kata Kunci: Pembangkang , Kabinet

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan