Harumanis Laris Di Karnival Harumanis@KL

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2015 6:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 100 pengunjung Karnival Harumanis@KL, di Ibu Pejabat Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini sanggup beratur panjang selama hampir dua jam untuk memastikan mereka dapat membeli mempelam termahal di negara ini pada Rabu.

Berikutan itu tidak hairanlah apabila sebanyak lebih 300 mangga Harumanis habis dijual dalam tempoh kurang satu jam selepas karnival itu dirasmikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Mempelam harumanis disifatkan sebagai yang termahal di negara ini apabila dijual di antara RM25 hingga RM45 sekilogram kerana ianya hanya boleh didapati bermula hujung April hingga awal Jun.

Lebih menarik, buah itu hanya boleh didapati di Perlis sahaja walaupun pokoknya hidup ditanam di tempat lain.

Menurut Pengarah MARA Perlis, Zahari Aziz, pihaknya menyediakan sebanyak 3,000 biji Harumanis sepanjang karnival selama tiga hari bermula Rabu.

"Untuk hari perasmian kita hanya menjual 300 biji sahaja dan ianya telah habis sebaik sahaja gerai jualan dibuka, selebihnya kita akan jual lagi sehingga hari penutup iaitu pada Jumaat.

"Ini merupakan kali pertama kerajaan Perlis bekerjasama dengan Mara bagi mempromosikan buah yang menjadi ikon negeri di ibu negaras," katanya kepada pemberita selepas majlis peramian di sini, Rabu.

Zahari menambah, pihaknya terkejut apabila kesemua mempelam berkenaan habis dijual dalam tempoh masa singkat tanpa sempat dipamerkan.

"Kami tidak sangka begitu cepat buah Harumanis dijual dan tidak mengambil masa yang lama. Memang terbukti keharuman serta isi buahnya yang kekuningan berjaya memukau perhatian pengunjung yang hadir," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad berkata, karnival itu merupakan salah satu program Mara untuk membantu serta memberi peluang kepada usahawan dalam memperluaskan perniagaan mereka.

"Disamping itu, karnival ini juga memberi peluang kepada usahawan untuk mewujudkan jaringan perniagaan ke sektor yang lebih global," katanya.

Sementara itu, harga jualan mempelam Harumanis bagi gred A (berat lebih 350 gram sebiji) ditetapkan RM20 sekilogram, manakala gred B (kurang 350 gram sebiji) ialah RM18 sekilogram.

Orang ramai yang ingin mendapatkan mempelam itu boleh mengunjungi karnival berkenaan yang akan berakhir pada Jumaat.

Tags / Kata Kunci: Harumanis

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan