"Saya Juga Mungkin Diculik Ketika Makan Di Restoran" - Bung Mokhtar

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2015 9:39 PM

Bung Mokhtar

Datuk Bung Moktar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen yang lantang bersuara, Datuk Bung Moktar Radin berkata sebagai wakil yang dipilih mewakili rakyat Sabah beliau bimbang akan keselamatan dirinya, sambil menambah beliau juga mungkin akan diculik ketika sedang makan di salah sebuah restoran di negeri itu.

Bung merujuk kepada penculikan pengurus restoran Thien Nyuk Fun, 50, dan perunding elektrik Bernard Then Ted Fen, 39, dari Ocean King Seafood Restaurant oleh lelaki bersenjata dan bertopeng, Khamis lepas.

"Jika lelaki bersenjata tanpa topeng boleh memasuki kawasan pinggir bandar dan pilih siapa mereka mahu culik, ia bermakna pihak berkuasa telah gagal. Apa yang telah berlaku kepada peruntukan RM660 juta untuk Esscom?," kata beliau sambil menambah 'nasib baik' setakat ini tidak ada wakil rakyat diculik ketika makan di restoran di negeri itu.

Bung mempersoalkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa kerajaan telah mempertimbangkan untuk membeli sebuah kapal bagi kegunaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah  (Esscom) kerana "keadaan mendesak" di negeri ini.

"Kita tidak memerlukan kapal-kapal. Kita mahukan helikopter untuk memburu penjenayah ini, "katanya.

Datuk Raime Unggi (BN-Tenom) berkata rakyat Sabah sudah 'muak' dengan janji-janji untuk mengukuhkan keselamatan di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone).

Beliau juga mempersoalkan apa yang telah berlaku kepada aset yang telah dibeli untuk meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan itu.

Stephen Wong Tien Fatt (DAP-Sandakan) pula menyatakan bahawa penduduk dari kawasan beliau tidak berasa selamat berikutan penculikan yang berlaku.

"Kami tidak mahu mendengar kenyataan daripada pemimpin mengatakan bahawa Sabah masih selamat dan memberikan alasan bahawa insiden penculikan hanya berlaku sekali setahun.

"Lebih banyak usaha perlu diambil untuk memastikan keselamatan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Esscom , Datuk Bung Moktar Radin , Esszone

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan