Kelab Penyokong BN Sokong Pembaharuan Di Parlimen

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2015 6:57 PM

Shahrir Samad.

Tan Sri Shahrir Samad

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menyokong gesaan Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung pembaharuan di Parlimen, tetapi menegaskan bahawa Speaker Dewan Rakyat sendiri perlu memulakan penambahbaikan.

Pengerusi BNBBC Tan Sri Shahrir Samad berkata Pandikar boleh menubuhkan satu jawatankuasa kerja untuk mengkaji kemungkinan menjadikan Parlimen sebuah institusi yang bebas dan membebaskannya daripada perintah eksekutif.

"Kumpulan kerja boleh terdiri daripada pengamal undang-undang, bekas anggota Parlimen, bekas menteri dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam proses parlimen," kata Shahrir kepada pemberita di lobi Parlimen, Rabu.

Ahli Parlimen Johor Bahru berkata proses itu perlu mengambil kira sistem politik yang menunjukkan garis yang jelas antara badan eksekutif dan perundangan.

"Kami berharap ini boleh dimulakan dari pejabat Speaker, dan bukan dari Perdana Menteri atau Kabinet. Dan kami akan menyokong langkah yang diambil Speaker," kata beliau.

Pada Selasa, Pandikar telah menyatakan kekecewaan beliau mengenai Parlimen sebagai sebuah institusi sebagai sebab utama beliau mahu meletakkan jawatan sebagai Speaker.

Katanya dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beliau telah bertanya agar kedudukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Parlimen disingkirkan.

Katanya, beliau berbuat demikian "untuk menghapuskan persepsi bahawa Parlimen dan Speaker bekerja atas arahan eksekutif, bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa".

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan