Baki Pelaburan 1MDB Di Caymen Ditebus Sebagai Aset Bukan Wang - Najib

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2015 2:56 PM

Najib
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan menjelaskan baki pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang diuruskan oleh Cayman Monetary Authority sebanyak AS$1.1 (RM4.022) billion ditebus dalam bentuk aset dan bukannya wang tunai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, baki pelaburan tersebut ditebus dalam bentuk aset mata wang AS$ di BSI Bank Limited Singapore (BSI) Singapura.

"Bank ini merupakan penjaga bagi pihak 1MDB untuk aset tersebut," kata Najib menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.

Selain itu menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, penjelasan itu merupakan pindaan kepada jawapan kerajaan sebelum ini bahawa baki dana pelaburan 1MDB ditebus dalam dalam bentuk wang tunai.

Najib berkata demikian bagi menjawab soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) sama ada 1MDB masih mempunyai AS$1.1 bilion secara tunai dalam BSI.

Tags / Kata Kunci: 1MDB

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan