"Tun M Sebenarnya Malukan Diri Sendiri" - Pandikar Amin

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 3:35 PM

Pandikar Amin Mulia

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin Mulia membidas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau telah memalukan bekas perdana menteri itu berhubung isu peletakan jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Pandikar Amin berkata, Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan itu pada Isnin susulan penafiannya berhubung peletakan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

"Bagi saya, kenyataan Tun Mahathir sebenarnya telah memalukan diri beliau sendiri kerana beliau telah melanggar etika kerahsiaan di antara individu yang berbincang mengenai perkara-perkara yang dianggap tidak patut dan tidak akan dizahirkan kepada orang lain," katanya pada sidang media di kediaman rasminya di sini, Selasa.

Dr Mahathir pada sidang media pada Isnin berkata, penafian Pandikar Amin berhubung peletakan jawatannya adalah suatu tindakan yang memalukan dirinya.

Pandikar Amin berkata, beliau telah bertemu dengan bekas Perdana Menteri pada 13 Mac lalu dan mengakui telah menyampaikan rasa kecewanya berhubung tanggungjawab dan tugas sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

"Saya ada menyatakan kepada beliau mengenai peletakan jawatan sebagai Speaker.

"Saya mencurahkan isi hati itu sebagai seorang anak kepada  bapa mengenai permasalahan yang saya hadapi," katanya yang mengakui mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 Mac lalu, namun ia tidak diterima Perdana Menteri.

Dalam pertemuan bersama Dr Mahathir, Pandikar Amin turut memberitahu tidak akan mempengerusikan sesi mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 yang berlangsung pada 11 Mac hingga 9 April lalu dan tugasnya akan diambil alih oleh  kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Pandikar Amin mendakwa, pengumuman peletakan jawatannya yang diumumkan oleh Dr Mahathir Sabtu lalu mungkin disebabkan krisis yang berlaku antara bekas Perdana Menteri itu dan Najib ketika ini.

"Saya lihat, mungkin atas keghairahan Tun Dr Mahathir sendiri untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri, beliau bukannya menasihati saya bagi membincangkan perkara yang dibangkitkan itu supaya permasalahan itu dapat diatasi. Sebaliknya, beliau menyuruh saya untuk meletak jawatan dengan segera," katanya.

Bagaimanapun Pandikar Amin memohon maaf sekiranya kenyataan medianya pada Selasa mengguris hati Dr Mahathir dan tidak berniat mengaibkan bekas Perdana Menteri itu.

Katanya, ia hanya sebagai respons kepada kenyataan Dr Mahathir pada Isnin dan mahu mengakhiri perselisihan faham yang berlaku.

"Yang jelas dalam hal ini Tun Dr Mahathir tidak berbohong dan saya juga tidak berbohong.

"Saya ingin mengucapkan yang terbaik kepada Tun Dr Mahathir dalam apa jua perjuangan yang beliau lakukan," kata Pandikar Amin.


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan