Segera Tangani Krisis Tun M-Najib - Shafie Apdal

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 11:03 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, krisis membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diselesaikan segera supaya ia tidak menjejaskan parti.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, isu berkenaan hanya akan menimbulkan kebimbangan seolah-olah memberi gambaran luar antara kekuatan dan kelemahan Umno.

Sehubungan itu katanya, apa yang penting adalah bagaimana menyelesaikan masalah itu dengan segera dan berkesan.

Beliau juga mengulangi pendiriannya meminta supaya Najib memberi penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan Dr Mahathir seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Itu yang saya tekankan daripada awal. Satu, penjelasan dan kedua adalah penyelesaian mengenai apa yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir.

"Jangan kita ambil langkah-langkah sehingga parti kelihatan seperti berpecah dan akhirnya melihat keruntuhannya yang boleh menjejaskan perjuangan kita," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2015 di Sri Pentas di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan Dr Mahathir menarik balik sokongannya terhadap Najib yang boleh menjejaskan Umno.

Shafie bagaimanapun enggan mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir berhubung Tan Sri Pandikar Amin Mulia mahu meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

"Saya tidak mahu mengulas banyak mengenai perkara itu. Itu dia (Dr Mahathir) punya hal. Kita kena hormati dia... bekas perdana menteri kita juga. Itu antara dia dengan Pandikar," katanya.

Dilaporkan Dr Mahathir dalam satu forum di Ipoh pada Sabtu lalu mengatakan Pandikar Amin telah berjumpa dengannya dan telah memaklumkan meletakkan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Pandikar Amin bagaimanapun menafikan telah meletak jawatan.

Tags / Kata Kunci: Shafie Apdal , Dr Mahathir Mohamad , Umno

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan