Tandas Mungkin Antara Punca Pandikar Ingin Letak Jawatan - Shahrir

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 7:23 PM

Shahrir Samad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pada awalnya ia berkaitan perabot lama, sekarang kerana kekurangan kelengkapan tandas didakwa sebagai antara faktor Tan Sri Pandikar Amin Mulia ingin meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad berkata perkara itu mungkin menjadi antara faktor yang mendorong kepada niat Pandikar untuk berundur.

"Itu mungkin perkara terakhir. Bagaimana anda tidak memberi penghormatan (kepadanya)?," kata Shahrir ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen di sini, Selasa.

Bagaimanapun, Shahrir berkata rungutan Pandikar telahpun diketahui dan sebuah tandas dibina di pejabat baharunya.

Pada awal tahun ini, pejabat Pandikar dipindahkan ke tingkat dua bangunan Parlimen sementara kerana bangunan utama sedang menjalani pengubahsuaian.

Pada Sabtu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan Pandikar tidak gembira dengan layanan yang diberikan kepadanya sebagai seorang Speaker.

Dr Mahathir berkata rasa tidak puas hati Pandikar antara lain termasuk keadaan perabot yang uzur di pejabat beliau.

Pandikar pada Selasa mengakui beliau mengemukakan surat peletakan jawatan tetapi menafikan beliau meletak jawatan disebabkan perkara itu.

Beliau berkata kekecewaannya adalah berkaitan Parlimen sebagai sebuah institusi dan memutuskan untuk kekal sebagai Speaker selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk melakukan beberapa perubahan.

Namun Pandikar berkata sekiranya perubahan itu tidak dipenuhi pada penggal akhir sesi Parlimen Ke-13,  beliau tidak akan teragak-agak untuk meletak jawatan.




iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan