Tak Perlu Tahan, Gari & Reman Abang KPN - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 11:33 AM

Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk pihak polis menahan, menggari atau mereman abang  Ketua Polis Negara, Datuk Abdullah Abu Bakar dan peserta demonstrasi memprotes pemasangan salib di Taman Medan baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua yang terlibat dalam demonstrasi berkenaan hadir ke balai polis bagi membantu siasatan.

“Tiada tangkapan dibuat terhadap mereka yang terlibat dalam perhimpunan tersebut memandangkan mereka yang diarahkan hadir ke balai polis untuk membantu siasatan telah datang memberikan keterangan.

“Oleh itu, tiada keperluan untuk ditahan reman, digari dan ditahan bagi melengkapkan siasatan,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab pertanyaan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mengapa Abdullah serta peserta demonstrasi Taman Medan tidak ditahan, digari dan direman sebagaimana dikenakan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat dan wartawan The Malaysian Insider.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memberitahu Dewan Rakyat bahawa polis menjalankan siasatan terhadap lebih 40 individu yang terlibat dalam demonstrasi tersebut.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan tanpa mengira kedudukan dan fahaman politik seseorang dan siasatan yang dijalankan adalah telus tanpa memihak kepada sesiapa,” katanya.

Abdullah yang juga Ketua Umno Cawangan Taman Lindungan Jaya didakwa bertanggungjawab terhadap demonstrasi tersebut.

Bagaimanapun, Abdullah mendakwa beliau hanya cuba mententeramkan peserta demonstrasi yang mahu lambang salib di bangunan itu diturunkan kerana kawasan tersebut adalah penempatan di mana majoriti penduduknya beragama Islam.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan