Shahidan Cabar Wan Azizah Umum Calon PM Dalam Kabinet Bayangan PR

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 5:45 PM

Shahidan Kassim

Shahidan Kassim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada Selasa mencabar Pakatan Rakyat (PR) supaya menamakan calon perdana menteri dalam kabinet bayangan mereka seperti yang diumumkan ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Shahidan berkata kebiasaannya, perdana menteri dipilih daripada parti yang kuat atau menguasai majoriti dan dalam isu itu, DAP mempunyai bilangan kerusi yang paling banyak dalam pakatan.

"Parti yang majoriti sekarang adalah DAP memiliki 37 kerusi, PKR ada 29 kerusi dan PAS 21 kerusi, jadi sudah pasti DAP yang patut jadi perdana menteri.

"Atau apakah mahu berikan jawatan itu kepada ketua pembangkang, tetapi jika ketua pembangkang itu datang daripada parti lemah sudah tentu dia tidak mampu menjadi perdana menteri yang kuat," katanya yang ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini.

Pada Isnin, Wan Azizah dalam satu sidang media berkata PR akan mewujudkan semula kabinet bayangan pembangkang yang bertujuan memperkukuh sistem 'check and balance' (periksa dan imbang).

Wan Azizah berkata jawatankuasa kabinet bayangan pembangkang untuk setiap kementerian akan diwakili oleh anggota Parlimen PR.

Bagaimanapun,  pada Selasa cadangan ketua pembangkang itu menerima tamparan hebat apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menolak cadangan berkenaan dengan menyifatkannya sebagai tidak praktikal.

Sebaliknya parti itu tampil dengan kabinet bayangannya sendiri, namun tidak menamakan calon perdana menteri yang akan menerajuinya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan