Pewartaan Draf RKK Terminal Pengangkutan Bersepadu Iskandar Sentral Sebelum Akhir Tahun

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 5:19 PM

Abd Latif Bandi.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kerajaan negeri Johor menjangkakan usaha untuk mewartakan Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Terminal Pengangkutan Bersepadu Iskandar Sentral di sini, dapat dilakukan sebelum akhir tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abd Latif Bandi berkata, pewartaan akan dibuat sejurus pihaknya mendapat pengesahan zon dan selesai meneliti bantahan yang diterima berhubung pelaksanaan projek terbabit.

"Apapun pembangunan yang dirangka dan dirancangkan adalah baik jika orang awam termasuk pengusaha-pengusaha (pengangkutan awam) terlibat sama dalam penyumbangan pandangan.

"Sekurang-kurangnya mereka tahu lokasi pembangunan dan sekiranya berlaku pengambilan tanah, ia tidak akan menjadi isu kerana dari awal mereka sudah diterangkan," kata Abd Latif selepas melancarkan Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi draf rancangan berkenaan, di sini Selasa.

Program publisiti itu bertujuan mendapatkan input dan bantahan mengenai pelaksanaan RRK dan akan berlangsung selama sebulan mulai Selasa di tiga buah lokasi termasuk di pejabat Majlis Bandaraya Johor Baharu dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri.

Abd Latif berkata, pihaknya telah memohon sejumlah RM600 juta daripada Kerajaan Pusat untuk melaksanakan projek berkenaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

"Bagaimanapun kita tidak tahu sama ada ia lulus atau tidak, kena tunggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri yang umumkan pada 21 Mei," katanya.

RKK yang dicadangkan untuk dibangunkan di atas tanah seluas 4,908 ha itu, merupakan usaha kerajaan mengintegrasikan mod-mod pengangkutan terutama melibatkan jalan raya dan sistem aliran transit.

Ia juga bakal melibatkan dua kawasan pentabdiran iaitu Majlis Perbandaran Johor Baharu dan Majlis Perbandaran Johor Baharu Tengah.

Dalam isu lain, Abd Latif mengakui pihaknya perlu memberikan kefahaman sebaiknya kepada pemaju perumahan tentang hasrat kerajaan negeri untuk membina sejumlah 46,000 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) menjelang 2018.

"Ini antara cabaran yang dihadapi kerana kita tahu, dalam soal hendak menguruskan rumah mampu milik, ia membabitkan kerjasama antara kerajaan negeri dengan pihak pemaju," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan