Nikmati Raja Buah Bermula 25 Mei ini

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 8:00 AM

Chang Zhi Vooi menunjukkan durian yang terdapat di ladangnya. - foto WAN MOHIZAN WAN HUSSEIN/The Star

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Peminat durian boleh menaruh harapan untuk menikmati lebih banyak raja buah itu pada musim ini berbanding tahun lalu.

Petani generasi ketiga Ladang Durian Bao Sheng, Chang Zhi Vooi, 21, berkata ini berikutan cuaca yang baik pada tahun ini sekali gus merangsang buah tersebut berbuah dengan banyak.

Jelas Chang, ini juga bermaksud kebarangkalian tinggi durian akan menghasilkan bau yang enak, juga dipanggil sebagai rasa kelima durian, selain manis, pahit dan bergas.

"Kami tidak boleh memberi jaminan tetapi berdasarkan pengalaman kami terdapat peluang baik untuk menikmati lebih banyak durian dengan bau tersebut.

"Ia berlaku apabila terdapat lebih banyak gas di dalam buah-buahan itu," katanya ketika ditemui di ladangnya di Balik Pulau pada Isnin.

Zhi Vooi mencium bau harum durian.

Zhi Vooi berkata kelunakan durian yang terbaik dapat dirasai apabila ia jatuh dari pokok yang lebih tua (40 tahun atau lebih) mesti dinikmati dalam tempoh setengah jam hingga dua jam.

"Namun, adalah penting untuk diketahui bahawa tidak semua durian dari pokok yang tua akan menghasilkan bau yang enak," katanya.

Ketika ditanya sekiranya akan berlaku kenaikan harga pada tahun ini, beliau berkata harga durian dari ladangnya tetap sama.

"Harga kami sama untuk tempoh tiga hingga empat tahun lalu. Sama ada harga di pasaran tinggi atau rendah, kami tidak terjejas kerana memperoleh jumlah hampir sama setiap tahun," katanya.



Zhi Vooi juga berkata kebanyakan penggemar durian berkunjung ke ladangnya pada waktu puncak untuk menikmati durian Udang Merah dan Hor Lor.

"Durian 604, Lipan dan Kam Poh hanya boleh diperolehi pada hujung bulan Mei, Hor Lor dan Udang Merah pada waktu puncak (1 hingga 20 Jun); manakala D15, D14 Bak Eu, Ling Fong Jiao dan D99 boleh dinikmati dari 20 Jun hingga pertengahan Julai," katanya.

Kakaknya, Juli Chang, 23, berkata mereka mempunyai empat chalet yang sudah penuh ditempah pada Jun.

"Pada tahun ini, kami menjangkakan lebih ramai pelancong dari Singapura dan pelancong China pada tahun depan," katanya.

Beliau berkata, terdapat hidangan smoothie yang diperbuat daripada buah nangka, pisang, betik, kelapa, nenas, tembikai, mangga atau buah Markisa disediakan untuk pengunjung pada tahun ini.

Tags / Kata Kunci: durian , Ladang Durian Bao Sheng

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan