Ops Warta: Pesalah Trafik Ambil MC, EL Elak Dicekup

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 2:09 PM

Timbalan Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Asisten Komisioner Mahamad Akhir Darus menunjukkan waran tangkap kepada pemilik kedai motosikal yang didapati memiliki pelbagai kesalahan trafik.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa pesalah trafik di sekitar Lembah Kelang dikesan mengambil cuti sakit (MC) dan kecemasan (EL) bagi mengelak ditahan pada Ops  Warta yang bermula pada Selasa.

Menerusi operasi yang dijalankan serentak di 10 lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor itu,  kebanyakan pesalah bertindak sedemikian sehingga menyebabkan pihak polis perlu bertindak mengeluarkan notis amaran.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata, pesalah trafik yang mengelak daripada ditangkap pada operasi yang menyasarkan tempat kerja mereka perlu menyerah diri sebelum tindakan susulan diambil.

"Kebanyakan pesalah trafik tidak datang kerja, majikan mereka memberitahu mereka ambil cuti sakit dan cuti kecemasan hari ini (Selasa).

"Operasi ini berterusan dan tidak mungkin setiap hari pesalah trafik yang tahu tentang waran tangkap mereka akan ambil cuti untuk mengelak ditahan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Persekutuan, di sini, Selasa.

Tambahnya, setakat ini Ops Warta hanya memberi tumpuan kepada sekatan jalan raya dan tempat kerja pesalah sebelum menyusul ke kediaman mereka.

"Buat masa ini, kami akan memberi tumpuan kepada sekatan jalan dan tempat bekerja. Jika tidak berpuas hati langkah seterusnya ialah mencari mereka di rumah," katanya.

Keseluruhannya, operasi hari pertama menahan 69 individu  di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Melaka, Perak dan Sabah.

"Setakat pukul 12 tengah hari Selasa, Pulau Pinang mempunyai bilangan tertinggi pesalah trafik yang ditahan iaitu 36 tangkapan, diikuti Melaka (24 tangkapan)," katanya.

Mohd Fuad juga mendedahkan seramai 44 pesalah menyerah diri dengan jumlah tertinggi pesalah trafik menyerah diri di Sarawak.

"Daripada 44 pesalah, 39 daripada mereka adalah rakyat Sarawak, manakala tiga adalah dari Sabah dan dua dari Terengganu.

"Walaupun Ops Warta telah bermula hari ini, kita masih menggalakkan pesalah trafik tampil untuk menyelesaikan saman mereka," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ops Warta

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan