Pandikar Amin 'Letak Syarat'

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 5:50 PM

Pandikar Amin akan meletak jawatan jika cadangan yang dikemukakan tidak mendapat perhatian kerajaan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin Mulia 'meletakkan syarat' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jika mahu  beliau terus memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Pandikar Amin berkata, beliau telah mengemukakan beberapa cadangan pembaharuan dalam pentadbiran Parlimen sebagai respons kepada pertanyaan perdana menteri mengenai punca mahu meletakkan jawatan itu.

Antaranya berkaitan penambahbaikan dalam pentadbiran Parlimen, infrastruktur dan aspek perundangan.

"Jika masih tiada pembaharuan (berdasarkan cadangan) dalam tempoh 'sederhana' sebelum tempoh penggal Parlimen Ke-13 berakhir, saya tidak teragak-agak untuk meletakkan jawatan sebagai Speaker.

"Ketika itu, kalau perdana menteri tidak terima atau tidak mengumumkan peletakan jawatan saya, saya sendiri akan umumkannya. Tak perlu pihak lain untuk mengumumkan bagi pihak saya," katanya.

Pandikar Amin menjelaskan bahawa keinginan untuk meletakkan jawatannya sebagai Speaker bukan berpunca daripada masalah perabot atau kelengkapan pejabat yang tidak sempurna, sebaliknya atas prinsip memartabatkan institusi Parlimen.

Bagaimanapun Pandikar Amin berkata, dalam tempoh memegang jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, beliau akan terus berjuang untuk menggalas tugas, amanah dan tanggungjawab itu dalam mencorak dan memartabatkan Parlimen di negara ini.

Mengenai pembaharuan, Pandikar Amin mencadangkan supaya ketua pentadbir Parlimen baharu dilantik yang boleh bekerjasama dengan beliau dan cadangan itu telah dipenuhi perdana menteri.

"Untuk menghilangkan persepsi rakyat bahawa institusi Parlimen dan Speaker bertugas atas arahan pihak kerajaan sebagai badan eksekutif yang bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa, maka jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen ditiadakan.

"Jawatankuasa Pilihan Parlimen baharu perlu diwujudkan dan ditambah daripada lima jawatankuasa sedia ada dalam usaha untuk melicinkan lagi proses perbahasan rang undang-undang dan dasar kerajaan lain," katanya pada sidang media di kediaman rasminya di sini, Selasa.

Pada sidang media sama, Pandikar Amin mengakui ada mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Najib pada 19 Mac lalu tetapi tidak diterima perdana menteri sebaliknya diminta memberi penjelasan mengenai hasrat itu.

Pandikar Amin berkata, bagi mengelak tuduhan bahawa Parlimen adalah 'rubber stamp' maka perlu diwujudkan 'masa menteri' untuk membolehkan Ahli Parlimen mengajukan soalan kepada pihak menteri berhubung isu semasa iaitu sesi pertanyaan tanpa notis, mungkin sekurang-kurangnya sejam atau dua jam dalam sehari setiap minggu pada sidang dewan.

"Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang dimansuhkan kerajaan pada 1992 sewaktu pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri perlu diwujudkan semula dan diperbaharui selaras  kehendak dan keperluan semasa.

"Infrastruktur serta kemudahan Parlimen hendaklah dinaik taraf setanding bangunan kerajaan Persekutuan dan Istana Kehakiman di Putrajaya," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan