Kementerian Kewangan Ambil Langkah Kurangkan Hutang 1MDB - PM

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 11:19 AM

Najib Razak

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kementerian Kewangan akan mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perdana menteri yang juga menteri kewangan berkata, isu 1MDB akan terjawab sedikit masa lagi, selepas Ketua Audit Negara membentangkan laporan audit kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

"Saya berharap semua pihak akan tunggu laporan tersebut," katanya pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini, Selasa.

Pada 4 Mac, Najib mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan akaun 1MDB.

"Kita percaya bahawa langkah ini boleh kita lakukan untuk mengurangkan jumlah hutang 1MDB. Inilah usaha yang dilakukan kerajaan. Saya yakin Kementerian Kewangan dapat melaksanakan langkah tersebut walaupun berdepan dengan begitu banyak kritikan.

"Kita boleh buktikan langkah ini boleh mencapai matlamatnya. Dari semasa ke semasa, kita akan mengambil langkah yang perlu diambil," katanya.

Ahad lepas, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata laporan mengenai 1MDB akan memperincikan butiran kewangan syarikat pelaburan tersebut.

Beliau berkata, rakyat harus mendapatkan maklumat daripada sumber sahih (seperti Ketua Audit Negara) dan bukannya diperolehi dari portal berita pihaik ketiga atau mana-mana blog dalam talian yang mempunyai agenda tersembunyi.

Sementara itu, dalam laporan berita terbaru, 1MDB berkata, lembaga pengarah dan barisan pengurusannya memberi kerjasama penuh kepada pihak Ketua Audit Negara, Polis Diraja Malaysia dan PAC bagi membuat penilaian terhadap syarikat berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Kementerian Kewangan , 1MDB , Perdana Menteri

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan