Penduduk Kelantan Tertinggi Belum Nikmati Air Terawat

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 1:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 36.8 peratus penduduk Kelantan belum menikmati bekalan air terawat daripada sistem bekalan air awam berbanding negeri lain yang jumlahnya kurang dari 20 peratus.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, berdasarkan statistik tahun lepas, negeri kedua yang mencatat statistik tertinggi penduduk tidak mendapat bekalan air terawat ialah Sabah iaitu sebanyak 14 peratus.

Ini diikuti Sarawak (6.2 peratus), Terengganu (4 peratus), Pahang (2 peratus), Kedah (1.7 peratus), Perlis (0.5 peratus), Johor dan Selangor (0.2 peratus) serta Negeri Sembilan dan Pulau Pinang (0.1 peratus), katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Aaron Laga Dagang (BN-Kanowit) yang ingin tahu sama ada kualiti air paip sedia ada mencapai tahap membanggakan berasaskan standard antarabangsa serta peratusan penduduk yang masih belum mendapat air terawat.

Maximus berkata, berdasarkan statistik tahun lepas juga, tahap liputan bekalan air awam secara purata ialah 96.2 peratus dengan liputan di bandar mencatat 96.7 peratus manakala di luar bandar sebanyak 95.6 peratus.

Beliau berkata, operator air perlu memastikan kualiti air terawat yang dibekalkan melalui sistem bekalan air awam mematuhi piawaian yang ditetapkan iaitu Garis Panduan Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.

"Garis panduan itu ditetapkan berdasarkan standard World Health  Organization (WHO)," katanya.

Maximus berkata secara umum kualiti air yang dibekalkan loji rawatan air mematuhi parameter minimum yang ditetapkan garis panduan berkenaan dengan  tahap pematuhan oleh operator bagi 2014 ialah 96.46 peratus.

"Kerajaan dan semua operator air sedang meningkatkan usaha untuk menaik taraf loji dan sistem agihan secara berperingkat dan mengikut keutamaan supaya kualiti air selamat dapat digunakan pengguna," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Kelantan , air terawat , Maximus Ongkili

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan