Pembinaan Pusat Kawalan Trafik Udara Baharu Ogos Ini - Aziz Kaprawi

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 12:08 AM

Aziz Kaprawi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembinaan pusat kawalan trafik udara baharu bernilai RM700 juta di Sepang dijadual bermula Ogos ini dan dijangka siap dalam tempoh 38 bulan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi.

Beliau berkata kerajaan kini dalam proses memindahkan Operasi Kawalan Trafik Udara Wilayah Maklumat Penerbangan Kuala Lumpur (KL FIR) dari Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATCC) sekarang di Subang, ke kawasan padang hijau baharu bersebelahan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Beliau berkata tender terbuka untuk reka bentuk, membekal, memasang, menggabung, menguji dan mentauliah sistem Navigasi dan Surveilan/Pengurusan Trafik Udara (CNS/ATM) untuk projek ini akan ditutup 1 Jun.

"Sistem ATM baharu, bila ditauliahkan, akan merupakan antara sistem yang paling maju dengan ciri-ciri operasi dan keselamatan yang canggih direkabentuk dengan mengambil kira faktor kemanusiaan," kata beliau dalam ucapan perasmian Mesyuarat ke-9 Ketua-ketua Pengarah dan Kumpulan Kerja Pakar dalam Penerbangan Awam D-8 di sini Isnin.

Beliau berkata sistem itu akan turut mempunyai keupayaan menampung pertumbuhan trafik udara yang beroperasi di KL FIR hingga tahun 2028 dan selepas itu.

Tags / Kata Kunci: Aziz Kaprawi , kawalan trafik

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan