Kad Ucapan Hari Guru Terima Anugerah Malaysia Book Of Records

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 1:38 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kad ucapan Hari Guru ciptaan pelajar dari dua buah sekolah di sini mencatat sejarah apabila menerima anugerah Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai kad ucapan hari guru terpanjang.

Dihasilkan oleh 2,000 pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 8 (1) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya (SMK) Presint 8 (1), kad sepanjang 1,386 meter itu ditulis di atas 4,000 kad berukuran A3. (297 milimeter tinggi dan 420 milimeter lebar).

Sambil diperhatikan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pelajar berkenaan kemudian berbaris sambil memegang dua keping kad ciptaan mereka di padang kompleks sekolah itu untuk diukur oleh pihak MBOR bagi pengesahan.

Pengasas MBOR, Tan Sri Danny Oii kemudian menyerahkan anugerah itu kepada Tengku Adnan sebelum disampaikan kepada Pengetua SMK Putrajaya Presint 8 (1) Zawi Yahaya.

Hadir sama Guru Besar SK Putrajaya Presint 8 (1) Naemah Ismail.

Rekod kad ucapan Hari Guru terpanjang sebelum ini dipegang oleh SMK Tamparuli, Sabah dengan 762 meter panjang membabitkan penyertaan 1,300 pelajar.-- Bernama


iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan