Hadi Dedah Anwar, Nik Aziz Setuju Idea Kerajaan Perpaduan

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 3:56 PM

Hadi hadir pada program Bicara Harakah yang diadakan di ibu negara pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan semua komponen pakatan pembangkang pernah bersetuju untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN).

Menurut Presiden PAS itu lagi, idea berkenaan turut dipersetujui bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Malah Hadi turut mengakui bahawa idea pembentukan kerajaan perpaduan adalah daripada PAS sendiri.

“Idea ini kita ketengahkan lepas berlaku krisis di Perak. Masa itu perebutan antara BN yang cuba nak pancing kita...terang-terang saya sebut nak pancing kita.

"Kita tidak mahu ulangi untuk sertai BN, biasanya sejarah politik tidak berulang. Dengan sebab itu kita kemukakan kerajaan perpaduan semua parti dalam kerajaan.

“Ini dipersetujui bersama pada pertemuan antara saya, Anwar  Ibrahim, arwah Datuk Nik Aziz dan bersetuju ketengahkan perkara ini. Kita juga kemukakan kepada DAP dan DAP pun bersetuju,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Bicara Harakah di MyHarakah Bazar di sini.

Hadi menjawab soalan peserta program itu yang dikenali sebagai Anaz dari Sepang yang mahu penjelasan berhubung persepsi  kononnya PAS mengkhianati kerjasama dalam Pakatan Rakyat ekoran idea penubuhan kerajaan perpaduan.

“Berdasarkan idea kerajaan perpaduan, selama ini digambarkan ia sebagai satu perkara khianat PAS kepada Pakatan Rakyat. Apa yang sebenarnya berlaku? Adakah benar persepsi umum itu atau ia adalah tohmahan kepada idea asal?” soal Anaz kepada Hadi.

Bagaimanapun menurut Hadi, idea berkenaan tidak dapat dilaksanakan berikutan wujud bantahan daripada BN.

“Tetapi malangnya perkara itu terbantut kerana BN tidak boleh terima, perkara itu sudah hilang, sudah luput daripada sejarah,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan