Rundingan Garis Panduan Hiburan Jakim Dibuat Dengan Pemain Industri - Jamil Khir

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 1:41 PM

Datuk Seri Jamil Khir Baharom

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Garis panduan hiburan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah dibincangkan secara menyeluruh dengan pemain industri di peringkat penggubalan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tiga mesyuarat telah diadakan ketika Garis Panduan Hiburan dalam Islam (Edisi Kedua) sedang digubal.

"Antara yang hadir dalam mesyuarat ini ialah wakil-wakil dari RTM, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, TV AlHijrah, Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid), bekas hakim-hakim Anugerah Seri Angkasa, jabatan media Jakim dan personaliti dari industri hiburan.

"Siri perbincangan dan bengkel dengan pihak berkepentingan yang berkenaan merupakan sebahagian daripada persediaan kita lalui sebelum edisi kedua dikeluarkan untuk menggantikan edisi pertama pada tahun 2007," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Mahfuz bertanya sama ada rundingan dengan mereka yang berkepentingan dalam industri hiburan telah dibuat apabila merangka garis panduan.

Edisi kedua garis panduan, yang memberi tumpuan kepada menghormati sensitiviti Islam apabila menganjurkan acara-acara hiburan telah dikeluarkan pada Februari tahun ini.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan