1MDB: Tun M Ragui Keberkesanan Siasatan Ketua Audit Negara

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 11:41 PM

Dr Mahathir Mohamad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Siasatan Ketua Audit Negara terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mungkin tidak berkesan dalam mendedahkan kebenaran,  kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ketua Audit Negara boleh mengaudit tetapi ia tidak akan mendedahkan banyak perkara," kata bekas perdana menteri itu dalam blognya chedet.cc pada Selasa.

Beliau sebaliknya menggesa pembentukan satu suruhanjaya untuk menyiasat 1MDB tetapi menegaskan kerajaan tidak sepatutnya terlibat dalam pemilihan ahlinya.

Dr Mahathir mengkritik 1MDB sejak akhir-akhir ini dan pada masa sama menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berundur.

"Tunggu sehingga laporan Ketua Audit Negara. Ia boleh mengambil masa selama bertahun-tahun. Memeriksa akaun tidak akan mendedahkan apa-apa. Ia tidak akan menjelaskan penglibatan Jho Low. Ia tidak akan menjelaskan bagaimana Riza Aziz mempunyai begitu banyak wang pada satu masa apabila wang 1MDB hilang," katanya.

Pada Mac, Najib mengarahkan Ketua Audit Negara Ketua Audit Negara untuk menjalankan siasatan terhadap 1MDB dan mengemukakan hasil siasatan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

1MDB yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2009 dikritik hebat apabila mengumpul hutang sebanyak RM42 bilion.

Dr Mahathir turut berkata jawapan Najib terhadap tuduhan yang dilemparkan yang disiarkan pada Ahad tidak menjawab soalan mengenai 1MDB, kes pembunuhan Altantuya atau pembelian jet eksekutif kerajaan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan