24 Juta Penumpang Guna KLIA2 Sejak Beroperasi - Aziz Kaprawi

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 1:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 24 juta penumpang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sejak ia dibuka, persidangan Dewan Rakyat diberitahu, Selasa.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi juga berkata, skor kepuasan pelanggan menunjukkan penumpang sangat berpuas hati dengan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di KLIA2.

"Berdasarkan kajian Airport Service Quality oleh Airport Council International (ACI) bersama MAHB (Malaysia Airport Holdings Berhad), skor kepuasan pelanggan adalah 4.85 daripada 5.0," katanya menjawab soalan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah (PKR-Kuala Terengganu).

Raja Kamarul mahu kementerian menyatakan sebab KLIA2 sehingga kini masih memerlukan begitu banyak penambahbaikan setelah kos pembinaannya naik dari RM2 bilion sehingga RM4 bilion dan punca utama perkara tersebut berlaku.

Mengulas lanjut, Ab Aziz berkata MAHB telah membelanjakan sebanyak RM14 juta sejak Mei 2014 untuk kerja-kerja penambahbaikan di kawasan 'apron' KLIA2 termasuk kerja-kerja mengatasi mendapan.

Beliau berkata, keluasan lokasi yang terlibat dengan mendapan ialah 23,900 meter persegi atau tiga peratus daripada kawasan apron yang seluas kira-kira 700,000 meter persegi.

"Jumlah ini berkurangan bulan demi bulan apabila kawasan tersebut mencapai tahap mendapan yang dijangkakan. Ini biasa bagi mana-mana pembinaan di kawasan tanah lembut yang dibuat secara cepat tanpa menunggu tanah mencapai keadaan mendapan maksimum yang memakan masa antara lima hingga 10 tahun," katanya.

Ab Aziz menjelaskan mendapan hanya berlaku di kawasan apron dan bukan di landasan serta ia tidak pernah menjejaskan operasi penerbangan.

Menjawab lanjut, katnya kerja-kerja tambahan telah dilaksana bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna antaranya tambahan 'walkator' dan 'buggy.'

"Jumlah walkator adalah 13 unit semasa majlis pelancaran dan tiga unit lagi ditambah pada penghujung tahun lalu.

"Pada tahun ini pula, sebanyak 16 unit walkator akan ditambah dan bagi tujuan itu MAHB telah menyediakan peruntukan berjumlah RM31 juta," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: KLIA2 , Aziz Kaprawi

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan