Video Polis Ugut, Maki 'Ah Long' Jadi Viral

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2015 12:58 PM

Harap maaf, video tidak dijumpai.
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Klip video seorang pegawai polis memaki hamun dan mengugut 'Ah Long' telah menjadi viral di media sosial.

Ketua Balai Polis Menglembu ASP Chen Ah Kooy yang berpakaian seragam dengan cermin mata hitam, mengecam 'Ah Long' dalam sebuah video berdurasi 41 saat dan juga mengugut untuk membunuh mereka jika mereka datang ke kawasannya dan terus menampal pelekat.

"Masuk saya punya 'area, Ah Long 10 orang mari, 10 saya bunuh, lu tak puas hati panggil 'lawyer' jumpa saya. Jangan ganggu saya punya area Menglembu, ini sticker jangan gantung Ah Long.

"Saya tak pakai duit Ah Long. Saya tidak mahu DAP dan MCA komplen kepada saya Menglembu semua penuh dengan sticker Ah Long. Datang dan lihat. Ah Long berani mari jumpa saya kita 'Chek chow' (lawan satu lawan satu). Kami berjuang. Anda mempunyai pistol, bawanya keluar. Saya tahu anda membelinya dari Thailand," kata Chen.

Seorang lelaki yang tidak dikenali dilihat berada dalam klip video sambil memegang banner iklan perkhidmatan pinjaman wang haram.

Satu laporan akhbar berbahasa Cina mendakwa bahawa Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan bahawa Chen adalah Ketua di Balai Polis Menglembu.

Sum dilaporkan sebagai berkata bahawa walaupun niat Chen adalah baik, tindakannya tidak profesional dan perkataan yang digunakan oleh beliau adalah tidak sesuai.

Terdapat 14 kes berkaitan dengan peminjam wang haram di Ipoh sejak Januari. Lima daripada kes berlaku di Menglembu, kata Sum.

Satu lagi harian Cina melaporkan nombor telefon yang tertera pada banner telah dihubungi dan orang yang menjawab panggilan itu mengakui bahawa lelaki yang tidak dikenali dalam video itu adalah pekerjanya.

Katanya, pekerjanya itu ditahan polis ketika dia menggantung banner. Lelaki itu kemudian telah dibebaskan.
Tags / Kata Kunci: Ah Long , Chen Ah Kooy

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 8:18 PM

Tautan Kasih Siti Saleha & Lutfi

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan