Surat Ringkas Tun M Kepada PM & Guan Eng

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2015 9:24 PM

Dr Mahathir Mohamad di majlis pelancaran buku "Dr Mahathir's Selected Letters to World leaders Vol 2" di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, Isnin.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jika diberi peluang menulis surat, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengutuskannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta mereka meletak jawatan.

Dr Mahathir menjelaskan, beliau mahu berbuat demikian kerana berpendapat, kedua-dua pemimpin itu menjejaskan kestabilan yang telah dikecapi negara ini sejak 60 tahun lalu.

“Sejak 60 tahun lalu, rakyat negara ini menikmati keamanan dan kestabilan dengan pembangunan yang baik.

“Namun, keadaan itu berubah sekarang. Bila kerajaan berubah, timbul masalah perkauman dan perkara antagonis yang sudah tentu tidak memberi kebaikan kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Mertajam (DAP), Sim Chee Keong yang bertanya jika mahu menulis surat kepada Guan Eng dan Najib, apa yang akan ditulisnya pada sesi soal jawab majlis pelancaran buku bertajuk ‘Dr Mahathir’s Selected Letters to World Leaders’ di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Isnin.

“Surat saya ringkas, kedua-dua kamu letak jawatan,” jawabnya ringkas.

Dalam sesi yang sama, beliau juga berpendapat bahawa tiada siapa yang layak menjadi Perdana Menteri buat masa kini.

Katanya, jawatan itu telah memberikan seseorang itu terlalu banyak kuasa sehinggakan pihak lain pula terbatas untuk melakukan sesuatu.









Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir Mohamad , Lim Guan Eng

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan